Online Shop
Free Shipping to Peninsular Malaysia Shipping Worldwide Need Help? +6013-9921806 (WhatsApp & Call)

Mula dengan bulking ataupun cutting

Telah menjadi tanda tanya kebanyakan orang yang baru mula berlatih dalam gym, iaitu sama ada mereka perlu mula dengan bulking ataupun cutting.

 

Soalan ini menjadi lebih keliru apabila individu yang bertanya mempunyai badan yang kurus tetapi buncit ataupun gemuk tetapi telah mempunyai bentuk otot. Keadaan seperti ini menjadikan mereka pening untuk memilih sama ada perlu mula dengan bulking ataupun cutting.

 

Kalau anda masih belum tahu apa maksud bulking dan cutting, ia adalah terma yang digunakan oleh ahli bina badan yang merujuk kepada fasa untuk menaikkan berat badan dan juga menurunkan berat badan. Jadi, soalan mudahnya adalah, perlukah anda naikkan berat badan ataupun turunkan dahulu untuk membina otot?

 

Untuk menjawab soalan ini, Admin kena tanya anda dahulu sama ada anda sudah ada pengetahuan asas tentang latihan dan pemakanan ataupun belum. Jika sudah, mungkin baru Admin boleh bantu anda pilih sama ada hendak bulking ataupun cutting.

 

Kalau anda belum memiliki ilmu asas ini, ia bermaksud anda hanya perlu fokus kepada dua benda asas itu. Tidak perlu peningkan kepala samada hendak bulking ataupun cutting. Belajar dahulu yang asas kerana dua benda itu akan memberikan kesan yang drastik kepada orang yang baru mula berlatih.

 

Bagi yang keliru dan juga telah mempunyai ilmu asas tersebut, penanda aras yang paling mudah untuk anda guna sebagai pemilihan antara bulking ataupun cutting ialah tahap peratusan lemak badan anda. Jika ia melebihi 18%, maka anda perlu cutting, jika peratusan tersebut tidak melebihi 18%, anda dibenarkan untuk bulking. Perhatikan, admin sebut “dibenarkan” dan bukan “wajib”.

 

Peratusan lemak badan yang tinggi akan mengganggu proses untuk anda membina otot. Apabila periksa lemak badan anda sudah cukup rendah, gunakan peluang tersebut sebaiknya untuk membina otot. Dengan kata lain, cutting bila anda terlajak bulking ataupun lebih daripada peratusan tersebut, dan kekalkan bulking tetapi jangan terlajak sehingga melebihi peratusan itu.

 

Satu lagi sebab mengapa anda perlu cutting ialah apabila anda ingin memasuki pertandingan bina badan. Proses cutting boleh bermula tiga bulan sebelum pertandingan sehinggakan satu tahun sebelum pertandingan.

 

Mencari aupplement yang boleh digunakan sama ada untuk bulking mahupun cutting? Gunakan Hydro Whey daripada Mesotropin.

 

Entri: Aiman Radzi @TheTheraBeast)