Online Shop
Free Shipping to Peninsular Malaysia Shipping Worldwide Need Help? +6013-9921806 (WhatsApp & Call)

Mulakan Dengan Squat Dahulu Untuk Setiap Workout

Nak lagi cepat besar? Bosan kawan ejek kaki ayam? Nak mempercepatkan sizing badan dan juga otot kaki anda? Korang kena start dengan senaman squat dahulu setiap kali anda nak workout!

 

Squat ada banyak kelebihan, dari segi hypertrophy otot, pembakaran lemak, pembinaan stamina, dan macam-macam lagi. Bohong kalau anda tak termengah-mengah buat squat. Anda boleh adjust jenis dan latihan squat untuk selarikan dengan matlamat anda.

 

Hypertrophy

Kalau korang nak cepatkan sizing badan, korang cuba buat 5 rep x 5 set squat yang berat pada awal workout. Boleh selang sehari untuk yang ini.

 

Pembakaran Lemak

Nak bakar lemak dengan lebih cepat, buat squat 4 set x 10 rep, superset dengan lunges atara senaman squat. Yang ini tak perlu berat-berat sebab ia untuk aktifkan dapur pembakaran lemak anda bagi workout anda selepas ini.

 

Stamina/Endurance

Gunakan batang barbell yang kosong dan buat sahaja squat seberapa banyak rep anda boleh buat dalam 10 minit pertama workout. Jangan mudah give up, sebab memang ia mencabar walaupun kosong. Yang ini, cukup 2 kali seminggu sahaja.

 

Squat yang berat dilakukan pada awal workout akan bantu untuk tingkatkan rembesan hormon testosteron, hormon ajaib bina badan dalam badan kita. Nak sizing kaw-kaw, hormon ini yang anda kena naikkan! Jadi, squat boleh capai objektif ini. Moga-moga selepas ini, berkuranglah abang sado berkaki ayam di gym serata negara!

 

Sebagai peringatan juga, ramai lagi suka buat l