Online Shop
Free Shipping to Peninsular Malaysia Shipping Worldwide Need Help? +6013-9921806 (WhatsApp & Call)

Nak Buat Six Pack? Jangan Buat Sit Up Sahaja!

Siapa tak mahukan six pack? Hampir semua orang mahu dapatkan bahagian ini dan berharap ia nampak jelas dan garing. Six pack adalah tanda anda seorang yang rendah lemak dan juga rajin bersenam. Tapi, itulah masalahnya. Nak dapat six pack bukan benda yang mudah bagi sesetengah individu.

 

Six pack atau dengan nama manjanya rectus abdominus selalu dilatih dengan senaman sit up. Itu sahaja yang ramai orang tahu apabila nak latih otot bahagian itu. Mereka sanggup buat sampai beribu-ribu sit up sehari bagi menjelaskan matlamat mereka. Itu sebenarnya cara yang salah. Sit up sahaja bukanlah jawapan abadi kepada six pack.

 

Selain daripada otot rectus abdominus, ada lagi beberapa otot lain yang anda kena fokus untuk memperjelaskan lagi bahagian six pack anda. Tetapi, sebelum itu ada beberapa benda lain yang anda kena pastikan dahulu. Anda kena jaga pemakanan anda kerana langkah pertama untuk nampakkan six pack adalah peratusan lemak badan yang rendah.

 

Kalau anda mempunyai peratusan lemak badan yang tinggi, six pack anda memang tidak akan terlihat. Itu ceritanya, semua orang sebenarnya memang dah ada six pack. Isu tebal atau nipis sahaja six pack mereka. Kalau makin tebal, makin garinglah nampak. Tapi, kalau lemak pun tebal, memang susah nak nampak six pack. Jadi, jaga makan dahulu kalau anda nakkan abs!

 

Dari segi senaman, anda kena fokus bahagian rectus abdominus dan obliques untuk lagi jelaskan six pack anda. Senaman yang lebih baik daripada sit up ialah crunches. Itu adalah untuk bahagian rectus abdominus. Bagi bahagian obliques pula, anda boleh amalkan senaman Russian twist.

 

Hari-hari buat sit up sebenarnya boleh mendatangkan mudarat kepada tulang belakang kita kerana posisi perlaksanaannya. Kalau anda buat menggunakan teknik yang betul, maka kuranglah risiko kecederaan tulang belakang. Cuma, ramai daripada kita yang tak menggunakan teknik betul. Jadi, lebih baik anda amalkan crunches yang lebih selamat dan berkesan juga.

 

Anda boleh gunakan bebanan juga untuk meningkatkan intensiti latihan anda. Peluk weight ataupun beg yang berisi bebanan seperti buku untuk dijadikan sebagai make-shift weight. Tak perlu beli dumbbell dan weight plate di rumah. Ini pun sudah memadai. Janji anda tak malas nak bersenam.

Tag: