Online Shop
Free Shipping to Peninsular Malaysia Shipping Worldwide Need Help? +6013-9921806 (WhatsApp & Call)

Nak Kurus Semasa Bulan Ramadhan Bukan Maksud Tak Perlu Makan Langsung!

Sempena kita menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan, ramai yang mengambil kesempatan ini untuk menjadi lebih kurus. Mereka akan cuba menjaga makan supaya mereka dapat kurangkan berat badan sebelum masuk Aidilfitri kelak.

 

Bagus, orang putih kata “killing two birds with one stone”. Berpuasa pun dapat, nak sihat dan kurus pun dapat. Tapi, tak semua orang lakukan dengan cara yang betul. Maksud saya di sini, ramai yang tak makan apa-apa langsung. Sikit sangat makannya, biarpun untuk bersahur ataupun berbuka.

 

Berpuasa memang menyebabkan kita tak boleh makan di siang hari, tetapi luar daripada waktu itu, kita boleh (dan perlu) makan. Jika anda menahan diri daripada mendapat keperluan yang cukup, badan anda akan mula bakar jisim otot dan bukan jisim lemak.

 

Ada ke yang berkata semasa menjalankan ibadah puasa, anda kena tahan diri daripada mendapatkan nutrisi yang cukup? Tidak, anda kena tahan daripada melakukan perkara yang membatalkan puasa dari masa matahari terbit hinggalah terbenam. Anda masih kena makan selepas itu.

 

Apa yang anda perlu buat ialah menjaga pengambilan kalori anda dari masa berbuka sampai waktu sahur. Jika keperluan anda untuk kekalkan berat badan adalah sebanyak 1800 kalori, anda boleh ambil sebanyak 1500 kalori sepanjang masa makan tersebut.

 

Bukan apa, ada sesetengah daripada kita seperti tidak memakan apa-apa langsung. Meskipun keperluan badan adalah sebanyak (contoh) 1800kcal, ada yang makan kurang 1000kcal untuk kedua-dua masa; berbuka dan sahur. Mereka nakkan penurunan yang drastik.

 

Anda kena ingat, penurunan yang drastik bermaksud anda tidak membakar berat badan yang sepatutnya anda bakar. Kita mahu bakar lemak dan kekalkan jisim otot, barulah badan menjadi kuat dan sihat. Jika badan kekal berlemak tetapi otot pula yang berkurangan, dah lari daripada objektif kita.

 

Oleh itu, dalam bulan Ramadhan ini, bagi penggemar fitness atau yang baru nak mula langkah dan menjadi lebih kurus sebelum raya nanti, pastikan anda jaga juga pemakanan anda. Jika anda rasa susah untuk makan, anda boleh minum mass gainer yang tinggi dengan kalori untuk tambahkan pengambilan anda dengan cepat.

 

Paling penting, jangan pula anda membazir dengan membeli macam-macam makanan di bazaar Ramadhan tetapi makannya hanya sedikit sahaja. Yang lebih dicurahkan ke sinki atau dibuang ke dalam tong sampah. Ingat, membazir adalah amalan syaitan!