Online Shop
Free Shipping to Peninsular Malaysia Shipping Worldwide Need Help? +6013-9921806 (WhatsApp & Call)

Nak Naikkan Badan Daripada Kurus Kepada Badan Fitness? Jangan Naik Cepat Sangat!

Pernah dengar situasi-situasi yang orang mampu naikkan berat badan sampai melebihi daripada 10kg dalam masa satu bulan? Memang ada, dan Admin sendiri pernah melakukannya. Tetapi, anda kena paham beberapa perkara:

  1. Bagaimana mereka melakukannya?
  2. Patutkah anda melakukannya?

 

Ada beberapa cara untuk naik 10kg dalam masa satu bulan, dan yang Admin guna adalah memakan 8 pinggan nasi dalam satu hari bersama kuah sup daging (masa itu adalah bulan raya haji). Cara lain adalah melalui penggunaan steroid, hormon, dan pelbagai lagi jenis PED (performance enhancing drugs).

 

Bagi yang baru berlatih juga, ia sangat mudah untuk naik berat badan. Sama juga macam Admin dahulu, bulan pertama latihan sahaja mampu naik 10kg dengan memakan seperti itu. Jadi, adakah ia bagus untuk membina badan? Mari Admin cerita sikit kepada anda kenapa anda tak patut naik berat begitu cepat!

 

Lemak Bukan Otot

Meskipun anda baru mula latihan dan mudah untuk naik berat badan, yang naik itu bukanlah otot tetapi kebanyakannya adalah lemak. Lagi-lagi kalau ada dah lama berlatih dan anda cuba untuk naik macam itu dalam masa sebulan tanpa penggunaan PED, memang dijamin kenaikan itu adalah kenaikan lemak.

 

Melalui penggunaan SARM juga, ada yang mampu naik 4kg sebulan melalui kenaikan otot sahaja. Ini, kalau anda naik sampai 10kg sebulan, percayalah badan anda akan membulat.

 

Cara Sebenar Bulking

Untuk bulking dan naikkan berat otot, anda kena jaga juga pemakanan dan main kira-kira kalori. Tidak kisahlah kalau anda nak gunakan PED sebab itu luar kawalan Admin, yang penting ialah penjagaan makan dan latihan berat untuk merangsang hypertrophy otot. Kenaikan yang anda patut sasarkan ialah sebanyak 2kg maksimum setiap bulan. Mereka yang baru berlatih mungkin boleh sasarka lebih sedikit sahaja.

 

Kenaikan mendadak akan mendorong kepada kenaikan lemak, lantas untuk membakarnya semula akan memakan masa, tenaga, wang, dan memerlukan dedikasi yang terlebih tinggi. Bulking dengan bijak.