Online Shop
Free Shipping to Peninsular Malaysia Shipping Worldwide Need Help? +6013-9921806 (WhatsApp & Call)

Nak Pergi Gym Atau Nak Berjogging Sahaja?

Tak ramai abang sado yang suka berjogging. Berlari itu lain cerita, tetapi berjogging? Memang meletihkan bagi yang tak biasa. Dari segi fisiologi, yang suka main berat akan menjana pertumbuhan gentian otot jenis sentak-pantas, direka khas untuk kerja berintensiti tinggi. Manakala, yang memang dah suka berjogging mempunyai nisbah gentian sentak-perlahan jauh lebih banyak daripada abang sado. Sebab itu, mereka suka berjogging dan boleh marathon jauh-jauh.

 

Tetapi, antara kedua-dua ini, yang manakah lebih baik untuk kesihatan jantung? Orang kata kena berjogging kalau nak bagi jantung sihat. Lalu, abang sado pun bergegas ke treadmill untuk menjaga jantung mereka. Betulkah kenyataan ini dalam dunia sains? Menariknya, ada satu penemuan daripada kajian yang dilakukan ahlinya.

 

Satu kajian yang telah diterbitkan dalam The Journal of Strength and Conditioning Research mengkaji kesan angkat berat dan berjogging terhadap kesihatan jantung. Jadi, mereka telah melantik 10 orang sukarelawan untuk turut bersama dalam kajian ini. Melalui proses-proses kajian mereka, apa yang mereka dapati ialah…

 

Hasilnya!

Selepas latihan-latihan tersebut dijalankan dalam parameter yang telah ditetapkan pengkaji tersebut, mereka mendapati yang saluran darah sukarelawan tersebut jauh lebih lancar selepas 60 minit usai latihan angkat berat berbanding latihan kardio! Saluran darah yang lancar bererti saluran yang lebar dan juga tekanan darah yang terkawal serta optimum.

 

Benar, kardio ada tempatnya sendiri dalam latihan harian kita, tetapi tatkala ada yang mengecam latihan berat tidak sesuai untuk semua orang, ini menunjukkan kecetekan personaliti untuk menerima pandangan orang lain. Semua orang patut lakukan latihan bebanan dan latihan rintangan, tetapi tak semua orang sesuai untuk berjogging (hakikatnya).

 

Akhir kata, bersenamlah untuk menjadi lebih sihat. Bersenamlah dalam suasana yang selamat dan sentiasa berusaha untuk menjadi lebih baik daripada yang semalam.

 

Rujukan: https://www.t-nation.com/training/tip-why-lifters-have-healthier-hearts-than-runners

Jurnal:

  1. Scott R. Collier et. al., “Changes in Arterial Distensibility and Flow-Mediated Dilation after Acute Resistance vs. Aerobic Exercise”, Journal of Strength and Conditioning Research 24 (2010): 2846-2852. “Resistance Training for People With Heart Disease,” Harvard Health Letter 10 (2000): 5-6.