Online Shop
Free Shipping to Peninsular Malaysia Shipping Worldwide Need Help? +6013-9921806 (WhatsApp & Call)

Nama Sahaja Lemak Namun Ianya Terbukti Sihat

Dengar lemak sahaja, golongan-golongan yang berdiet pasti takut dan seram. Seperti yang diketahui lemak adalah salah satu sumber yang bahaya jika diambil berlebihan sepertimana mengikut piramid makanan, lemak adalah komponen yang paling sedikit perlu diambil. Sedikit tapi sangat perlu bagi mendapatkan badan ideal. Persoalannya apakah lemak yang perlu ambil sedikit itu dan apa jenisnya?

Ianya adalah lemak sihat, Berikut saya kongsikan makanan-makanan yang mengandungi lemak yang sihat di mana ianya datang dari sumber semulajadi bukannya dari makanan yang ditambah dan dicampur bahannya.

1.Dark Chocolate

Sumber kalori utama dark coklat ini datang dari kadar lemak di dalamnya iaitu 65% kalorinya adalah dari lemak. Apa yang bagus adalah koko yang mengandungi kebaikan yang dinamakan Polyphenol. Ia akan bertindak menghalang diabetes dan serangan jantung. Namun anda perlu berjaga-jaga supaya tidak terlebih mengambilnya. Satu petak kecil coklat sudah memadai. Ia juga sebagai makanan anti keradangan serta membantu beri fokus yang lebih pada otak.

(Rujukan: https://jamanetwork.com/journals/jama…)

 

2. Avokado

Buah yang mengandungi Monounsaturated fat yang mengurangkan kadar kolesterol dalam badan. Di samping ia adalah pilihan makanan berlemak yang sihat ia juga kaya dengan fiber dan menjadi buah yang tertinggi jumlah proteinnya. Sumber antioksida di dalamnya membantu nutrien-nutrien diserap masuk ke dalam badan dan menghalang penyerapan kolesterol secara minima ke jantung.

 

3. Telur

Telur seringkali dikaitkan dengan makanan tinggi kolesterol lebih-lebih lagi pada kuningnya. Namun kajian menunjukkan memakan telur sebenarnya boleh mengurangkan risiko serangan jantung kerana kolesterol dalamnya yang membantu mengurangkan risiko ini. Di samping itu, Telur juga mengandungi protein yang tinggi membuatkan anda berasa cepat kenyang untuk tempoh yang agak lama. Jadi selera makan yang tidak terkawal dapat dibendung.

(Rujukan: https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/1…)

 

3. Minyak zaitun (Olive)

Ia juga adalah salah satu sumber monounsaturated fat iaitu lemak sihat yang membekalkan antioksida pada tubuh anda. Ia membantu bagi mengelakkan berlakunya pengerasan salur darah dan membuatkan saliran darah berjalan lancar. Kesannya anda akan jauh dari serangan kolesterol dan nutrien-nutrien sampai pada otot dan keseluruh tubuh anda. Kolesterol adalah salah satu punca yang buatkan lemak anda susah dibakar dan mudah terkena serangan jantung. Anda juga harus tahu bahawa minyak zaitun ini boleh mematikan sel kanser dalam badan anda. Namun perlu diingat bahawa perlu diambil minyak ini secara fresh (extra virgin olive oil) tanpa tambahan apa-apa bahan kimia lain.

(Rujukan: https://www.sciencedaily.com/releases…)

 

4. Keju

Keju merupakan salah satu sumber lemak yang mempunyai banyak kebaikan, Antaranya Swiss, Cottage cheese, Parmesan, dan sesetengah mozarella cheese. Bermula dari tingginya kalsium di dalamnya ia akan membantu menguatkan gigi anda serta melawan osteoprosis iaitu penyakit kerapuhan tulang termasuk gigi. Seterusnya ia menjadikan ia makanan diet yang baik sama ada untuk membina otot atau mengurangkan berat di mana kandungan proteinnya juga tinggi. Perkara ini baik kerana ia melambatkan proses pelepasan amino asid ke dalam salur darah. Jadi mengambil keju sebelum tidur sebenarnya merupakan langkah yang bagus kerana ia bagus untuk proses recovery otot anda. namun perlu diingat keju juga adalaah makanan yang tinggi kalori yang perlu anda waspada dan bersederhana dalam pengambilannya.

 

5. Salmon

Ikan yang mengandungi lemak ini terbukti banyak memberi sumbangan nutrien penting terhadap tubuh. Dagingnya yang menjadi sumber protein yang tinggi menjadi pilihan golongan bodybuilder untuk membina otot dan mengekalkan otot di samping ia membuatkan anda kenyang. Oleh kerana itu, ia bagus untuk mengurangkan risiko obesiti dan peningkatan berat badan yang maksima. Selain itu, ikan ini menjadi istimewa kerana ia tinggi dengan kandungan Omega-3 Fatty Acid. Badan kita sangat memerlukannya kerana ia berkait dengan senstiviti insuli anda dan mempercepat kadar metabolisma badan. Selain itu, Omega-3 ini diperlukan bagi mengawal purata jumlah Omega-6 yang berlebihan di dalam badan yang jika berlebihan ia mampu memberi kesan pada jantung. Sebuah kajian menunjukkan orang Eskimo menjadi golongan orang yang paling sedikit terkena penyakit jantung berikutan mereka banyak mengambil sumber ikan yang mempunyai kadar Omega-3 yang tinggi. Omega-3 inilah yang akan mengelakkan platelet anda melekat sehingga menjadi darah beku. Jadi, risiko berlakunya strok juga dapat dikurangkan. Tidak hairanlah harga ikan ini yang mahal kerana ia memberi banyak nutrien penting dalam badan dan jantung kita.

(Rujukan: https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/1…)

🙁 https://www.nature.com/articles/s4143…)

 

Entri: Fakhrul Islam