Online Shop
Free Shipping to Peninsular Malaysia Shipping Worldwide Need Help? +6013-9921806 (WhatsApp & Call)

Orang Kurus Patut Fokus Gemuk Atau Otot?

Saya sering mendapat pertanyaan daripada kawan-kawan dahulu (kerana dulu berat badan saya hanya 49kg), bagaimana saya boleh naikkan berat badan sampai jadi macam sekarang? Mereka kata yang mereka sudah makan banyak, tetapi badan tak naik-naik juga.

Soalan ini bukanlah soalan yang asing. Yang menjadi persoalan dalam minda saya ialah, mereka bertanya cara untuk jadikan mereka gemuk dahulu. Apabila mereka sudah berisi barulah mereka akan fikir untuk bina otot. Lalu, saya bermonolog sendirian “Apakah…”.

Kenapa anda nak jadi gemuk dahulu? Tahukah anda jadi gemuk bukanlah benda yang sihat? Kenapa anda nak naikkan lemak sedangkan orang lain fokus nak bakar lemak? Apa salahnya anda terus fokus bina otot? Tahukah anda lagi yang kalau anda bina lemk dahulu dan kemudian otot, lambat laun kena bakar juga lemak tersebut dan ini memerlukan masa, usaha, dan tenaga.

Bagi orang yang kurus, jangn risau kerana saya pernah berada di tempat anda. Kita rasa seperti selamanya akan kurus. Tetapi percayalah, kalau anda nakkan perubahan, anda kena mulakan langkah dan apabila anda dah mulakannya, hasil akan tiba nanti. Percaya kepada konsistensi.

Apa yang anda kena lakukan ialah, anda kena terus makan banyak dan kalau boleh makan lebih banyak. Ini yang utama dalam bina berat badan. Kalau anda tak mampu makan banyak lagi, baru masukkan supplement mass gainer.

Latihan sebenarnya membantu untuk naikkan berat badan melalui peningkatan jisim otot. Kalau anda buat badan, berat badan anda akan naik. Otot anda akan dapat gunakan nutrisi dengan lebih baik. Malah, kemungkinan besar selepas anda mula latihan gym, berat badan anda akan naik mendadak.

Jangan terkejut ketika ini perut anda ke hadapan, anda sendiri yang kata kalau boleh nak gemuk dahulu. Kalau anda risau perkara ini terjadi, anda kena usaha sepenuhnya tetapi harapkan hasil berkala. Jangan minta hasil yang pantas. Seperti artis juga, kalau anda gesa mereka untuk siapkan karya pantas, hasil keluarannya juga akan jadi cap ayam.

Sasarkan kepada peningkatan 2kg sebulan. Bayangkan 2kg sebulan, 5 bulan dah 10kg. Banyak betul, dan anda tak patut berheti gym apabila anda capai berat badan idaman. Teruskan sahaja kerana ia mendatangkan pelbagai jenis faedah pada kesihatan anda.

Entri: Aiman Radzi