Online Shop
Free Shipping to Peninsular Malaysia Shipping Worldwide Need Help? +6013-9921806 (WhatsApp & Call)

Orang Kurus Yang Nak Jadi Sado Kena Ikut Cara Begini!

Ada yang tak tahu cara untuk memulakan fasa bulking. Ada juga yang bertanya, apakah yang dimaksudkan dengan bulking. Semudahnya, bulking adalah fasa untuk anda membesarkan badan di mana anda akan makan secara lebih daripada biasa untuk membenarkan otot anda membesar. Satu lagi misi sampingan bulking ialah memastikan berat yang naik adalah bersama kenaikan lemak yang minimum sahaja.

 

Macam manakah cara untuk memulakan bulking? Mari kita lihat!

 

1- Cari BMR Anda

BMR adalah nilai kalori yang anda perlukan setiap hari untuk mengekalkan berat badan anda sekarang. Untuk memulakan bulking, anda kena tahu nilai asas ini dahulu.

 

2- Kira DCR Anda

Selepas mengetahui BMR, anda kena tahu pula nilai DCR anda. Jangan risau, tak susah pun nak kira DCR. Dah tahu BMR anda berapa? Sekarang tambahkan 200-500kcal kepada nilai BMR anda. Bingo, anda dapat nilai DCR untuk bulking.

 

3- Plan Pemakanan Anda

Dah tahu DCR pula, anda kena buat satu layout pemakanan harian anda untuk menepati nilai DCR ini. Cukup buat layout untuk anda mendapatkan gambaran jadual pemakanan harian anda sahaja. Tak pelu rumitkan diri dengan menu-menu tertentu dan yang kompleks.

 

4- Plan Latihan Kekuatan

Masa bulking harus diiringi dengan latihan berat yang berstrategi. Malah, masa cutting pun sama juga, kena berstrategi. Misi anda dalam fasa bulking adalah untuk menjadi lebih kuat, manakala cutting adalah untuk mengekalkan kekuatan. Jadi, fokuskan latihan anda kepada latihan kekuatan.

 

5- Beli Supplement Yang Bersesuaian

Bulking anda akan jadi lebih mudah jika anda dapatkan supplement yang sesuai. Antara yang terbaik adalah whey dan mass gainer kerana ia membekalkan protein yang cukup dan kalori yang berpatutan dengan diri anda. Jika anda rasa anda susah untuk makan banyak, ambillah mass gainer!