Online Shop
Free Shipping to Peninsular Malaysia Shipping Worldwide Need Help? +6013-9921806 (WhatsApp & Call)

Orang Yang Selalu Sit Up Ialah Orang Yang Tak Sayang Tulang Belakang

Sit up adalah senaman yang dilakukan untuk membina six pack dan digilai ramai. Hatta, ada yang buat sampai seribu, malahan lebih daripada itu dalam sehari dengan hasrat untuk mempercepatkan penampakan six pack mereka. Sayang sekali, sit up bukanlah cara terbaik untuk dilakukan kini. Sebab apa? Mari kita lihat!

 

Fenomena Kerap Duduk

Sekarang adalah zaman duduk menduduk. Maksudnya, kebanyakan masa kita dihabiskan dalam posisi duduk. Di tempat kerja, di tempat belajar, semasa memandu, menonton TV di rumah, lebih separuh daripada hari kita dihabiskan dalam keadaan duduk. Ini menjadikan tulang belakang anda berada dalam posisi yang agak stress (membongkok) kerana itu adalah realiti ramai orang kini. Tak semua mempunyai “posture awareness” yang baik dan memperbetulkan postur mereka seharian.

 

Lantas, melakukan sit up secara kerap menambahkan lagi stress pada tulang belakang kerana sit up mempergunakan pergerakan spinal flexion. Dengan kata lain, tulang belakang anda harus membengkok untuk melakukan sit up. Kalaulah struktur spina anda tidak kuat, ini boleh mendorong kepada peningkatan risiko PID (masalah tulang belakang).

 

Saya tak mahu pening-peningkan anda dengan pelbagai jenis terma. Cuma, anda kena faham, selalu membongkok adalah tidak baik untuk badan. Sit up pula menambahkan lagi tekanan pada tulang belakang kerana pergerakannya yang membongkokkan tulang belakang. Jadi, apakah cara lain yang lebih sesuai?

 

Kuatkan Core Dengan Senaman Isometric Dan Anti-Rotation

Senaman isometric seperti plank, hanging leg raise hold, human flag, dan macam-macam lagi menguatkan core anda lebih berkesan berbanding senaman sit up sendiri. Kalau sit up melatih otot rectus abdominis, senaman yang Admin sebutkan tadi semua melatih lagi banyak otot, termasuklah transverse abdominis dan oblique. Dua otot itu tersangatlah penting untuk kesihatan tulang belakang.

 

Senaman anti-rotation termasuklah deadlift, pallof press, rowing sebelah tangan, bench press sebelah tangan, adalah senaman core yang cukup mantap! Rugi kalau anda tak buat dan lagi rugi kalau anda hanya fokus pada sit up sahaja. Semestinya, sit up akan fokus pada rectus abdominis iaitu otot six pack anda, tapi senaman yang lebih baik lagi banyak daripada itu. Crunches adalah lebih baik daripada sit up, tapi hanging leg raise lagi baik daripada crunches, tapi suitcase deadlift lagi padu untuk mantapkan six pack.

 

Hujung kata, six pack bukan muncul kerana anda buat banyak sit up, deadlift, squat, dan lain-lain. Sebaliknya, six pack muncul kerana anda menjaga makan dan membakar lemak dengan baik. Itu adalah yang paling utama sekali.