Online Shop
Free Shipping to Peninsular Malaysia Shipping Worldwide Need Help? +6013-9921806 (WhatsApp & Call)

Pening Nak Cari Sumber Protein Semulajadi? Mari Baca

Artikel kali ini saya akan highlightkan soal sumber protein semulajadi. Sedia maklum bahawa sumber semulajadi adalah sumber terbaik jika dibandingkan dengan supplemen.

Masalah yang timbul selalunya apabila anda tidak cukup sumber protein semulajadi, anda akan membeli supplemen. Supplemen memanglah bagus dan berkesan namun jika nak dibandingkan dengan sumber semulajadi, sumber protein semulajadi lebih baik dan selamat digunakan dan diambil.

Saya akan kongsikan beberapa makanan semulajadi yang tinggi kandungan protein supaya anda boleh membandingkan dan memilih gang terbaik dalam diet hidangan anda.

1. Ayam

Ayam merupakan sumber daging putih yang terbaik untuk diambil bagi yang sedang membina otot kerana potensi menghasilkan dan membaik pulih otot anda tinggi. Jika dilihat gambar di atas bahagian dada ayam adalah yang terbaik. Ini kerana jumlah proteinnya yang tinggi dan kadar lemak yang rendah berbanding bahagian thigh yang digemari ramai. Bahagian thigh mempunyai kadar lemak yang tinggi. Jika anda mahukan clean diet, bahagian dada ayam yang paling terbaik untuk anda.

2. Daging

Daging adalah sumber protein yang kedua penting. Ini kerana daging banyak kelebihan dan ia termasuk dalam kategori sumber protein yang baik. Jika dilihat gambar di bawah amda akan dapati rata-rata kesemua jenis daging ini mengandungi jumlah protein yang banyak. Dan jika anda dalam plan menaikkan berat badan, daging adalah makanan terbaik kerana kalori yang banyak boleh menambahkan pengurangan kalori anda yang kurus.

3. Ikan dan seafood

Kedua ini menjadi pilihan yang ketiga selepas ayam dan daging. Ini kerana harga ikan biasanya agak mahal sedikit berbanding ayam dan daging. Namun jika dilihat pada kadar protein, ikan juga antara makanan yang mempunyai sumber protein yang baik. Kadar lemaknya yang rendah membuatkan ianya menjadi antara makanan terbaik. Ikan salmon adalah ikan yang biasanya dikaitkan dengan membina otot kerana ia mengandugi omega-3 yang tinggi dan protein yang tinggi.

4. Sayuran dan Tanaman

Berikut adalah tumbuhan atau bijian semulajadi yang patut menjadi pilihan dalam diet anda.

Jadi secara ringkasnya, sumber-sumber ini boleh dijadikan panduan untuk anda khususnya dalam diet anda tidak kira apa matlamat anda sama ada ingin menurunkan berat, membina otot, atau menambahkan berat.

Entri: Fakhrul Islam