Online Shop
Free Shipping to Peninsular Malaysia Shipping Worldwide Need Help? +6013-9921806 (WhatsApp & Call)

Pernah Buat Senaman 39 Reps? Baca Ini

Biasa kita dengar 6 reps, 10 reps, 15 reps, namun jika lebih dari itu pasti anda rasa lemah, tak mampu, tidak berupaya. Namun Mesotropin kali ini nak share trick buat 39 reps yang komfom anda mampu  dan ia tersangat bagus dalam pembinaan otot.

Trick nya adalah anda ikuti plan 10, 8,6, dan 15

Apa itu?

15 reps

6 reps

8 reps

15 reps

Bagaimana?

Kita ambil contoh bench press. Mulakan dengan 15 reps namun perlu diambil bebanan yang tidak terlalu berat dan tidak terlalu ringan, dalam kata lain berat yang akan terasa di dada anda bila anda lakukan 15 reps. Jika beginner, mulakan dengan 5kg, namun jika intermediate mulakan dengan 10kg. 10 kg x 15 reps.

Rehat selama 50-60 saat. Sambung dengan set kedua iaitu 8 reps, tambahkan 2.5 kg dalam setiap set seterusnya. jadi lakukan 8 reps dengan bebanan 12.5 kg.

Seterusnya rehat, dan sambung dengan set seterusnya dengan bebanan 15 kg pada 6 reps pula.

Untuk set terakhir iaitu 15 reps penutup, gunakan bebanan mula-mula tadi iaitu 10 kg. Maka anda melakukan 39 reps, dengan resistan dan hypertrophy yang tinggi membuatkan tahap peniingkatan otot anda lebih berpotensi besar. Cubalah kerana anda tidak akan rugi dengan memvariasikan jensi dan cara senaman, malah ia akan menambah keseronokan buat anda semasa latihan.

Entri: Fakhrul Islam

Tag: