Online Shop
Free Shipping to Peninsular Malaysia Shipping Worldwide Need Help? +6013-9921806 (WhatsApp & Call)

Pernah Kena Radang? Baca Tips Menguruskannya

Apabila anda mengalami luka di kulit atau otot, pasti luka tersebut akan mengakibatkan kemerahan dan kadangkala wujudnya bengkak yang merebak ke sekitar kawasan bulatan luka itu. Itu yang dinamakan keradangan. Dan bila ini berlaku, pasti prestatsi anda untuk ke gym akan terganggu. Ini kerana jika keradangan ini tidak dapat disembuhkan dengan sel imun dalam badan kita, ia akan menyerang sendi yang membawa kepada kekejangan sendi-sendi, otot dan kesakitan yang lama. Ia pastinya akan menghalang pertumbuhan otot jika ianya kronik.

Berikut akan dikongsikan bagaimana nak menguruskan masalah keradangan ini.

1. Jauhi segala jenis minyak omega-6 seperti minyak jagung.

2. Banyakkan ambil ikan air sejuk seperti sardin dan salmon kerana ianya rendah merkuri.

3. Hadkan karbohidrat halus seperti gula yang menimbulkan insulin. Jika diambil terlalu banyak akan menggalakkan keradangan

4. Kurangkan berat jika anda overweight. Ini kerana lebih gemuk anda, sel-sel lemak akan menghasilkan lebih punca-punca keradangan seperti penghasilan TNFa dan membuatkan anda meradang dala tempoh yang lama.

5. Dapatkan urutan kerana mengurut adalah cara terbaik untuk melegakan keradangan.

6. Jauhi Lemak trans seperti kek, fast food atau marjerin.

7. Jauhi alkohol langsung.

8. Makan dengan lebiih buah-buahan dan sayuran.

9. Lebihkan tumbuhan herba seperti halia dan oregano.

10. Gunakan supplemen antioksidan dan vitamin jika makanan harian anda tidak mencukupi seperti Vitamin A,C D dan E.

Entri: Fakhrul Islam