Online Shop
Free Shipping to Peninsular Malaysia Shipping Worldwide Need Help? +6013-9921806 (WhatsApp & Call)

Pilihan Supplement Penting Untuk Bina Otot Bagi Beginner

Supplement adalah sesuatu yang akan membantu anda untuk membina badan. Ia tidak mempercepatkan tetapi ia memudahkan. Mereka yang menggunakan supplement masih perlu berusaha keras untuk mendapatkan badan yang bagus.

Ramai fikir siapa yang gunakan supplement dikira sebagai menipu. Kenapa pula sampai begitu sekali? Bukannya baca ambil supplement dan terus jadi sado! Mereka masih kena jaga makan dan juga berlatih bersungguh-sungguh.

Begini juga boleh menggunakan supplement jika mereka mempunyai bajet yang lebih. Saya biasanya akan menggalakkan mereka yang sudah biasa dengan latihan dan pemakanan untuk menggunakan supplement. Beginer perlu fokus kepada yang asas dahulu tetapi tidak salah untuk menggunakan supplement.

Apakah jenis supplement yang boleh diambil oleh seorang beginner dalam dunia gym? Kalau anda pergi ke kedai supplement tak memang ada pelbagai jenis yang anda boleh ambil. Tetapi, tak mungkinlah anda nak ambil semua! Saya kongsikan beberapa yang penting dahulu.

Protein

Ini adalah pilihan utama anda apabila ingin mencari supplement. Cari bekalan protein dahulu kerana protein amat penting untuk pembinaan otot. Tanpa protein yang mencukupi, anda tak membekalkan badan anda dengan sumber pemulihan yang baik. Anda boleh gunakan whey protein ataupun megenal untuk tujuan ini.

BCAA

BCAA sebenarnya boleh didapati dalam protein. Ada makan ayam, ikan, daging, semuanya sudah mengandungi bahan ini. Pengambilan suplemen BCAA adalah untuk menambahkan lagi komponen-komponen protein yang penting dalam pembinaan otot. Suplemen ini sangat sesuai bagi mereka yang ingin naikkan berat badan ataupun menjaga jisim otot tanpa menaikkan lemak.

Preworkout

Tak semua orang ada tenaga secukupnya untuk melakukan latihan di dalam gym secara hardcore. Ada yang letih balik daripada kerja dan ada juga yang masih belum mempunyai kekuatan yang secukupnya. Kalau anda ada masalah sebegini anda boleh gunakan preworkout. Pastikan anda tidak menggunakannya sebelum waktu tidur sahaja, takut terganggu waktu tidur.

Testosterone Booster

Hormon yang paling penting dalam dunia bina badan adalah testosterone. Tak cukup hormon yang ini maka anda tak boleh bina badan dengan baik. Jangan gunakan bahan-bahan yang memberikan anda hormon ini secara sintetik. Sebaliknya, fokus kepada bahan-bahan yang boleh merangsang rembesan hormon ini secara semulajadi. Ini adalah lebih sihat berbanding menggunakan bahan sintetik yang sangat berbahaya pada kesihatan.

Entri: Aiman Radzi