Online Shop
Free Shipping to Peninsular Malaysia Shipping Worldwide Need Help? +6013-9921806 (WhatsApp & Call)

Post Workout Versi Minuman

Bagi orang yang tahu kepentingan post workout pasti tidak akan meninggalkannya. Biasanya makanan post workout atau diet selepas workout diambil berdasarkan makanan yang tinggi protein dan karohidrat utukmenegembalikan tenanag dan membaiki otot yang koyak. Namun dalam artikel ini saya akan berkongsi post workout tetapi bukan makanan, bahkan minuman yang menjadi pemulihan dan boleh diamalkan sebagai minuman post workout.

“Salah satu cara yang paling mudah untuk membantu pemulihan selepas senaman adalah dengan meminum minuman sukan kerana ia mempunyai sodium dan beberapa potassium.” kata Jackie Buell, Ph.D., R.D., seorang pakar diet sukan di Universiti Negeri Ohio.

Tetapi ia tidaklah selalunya terlalu mudah, terdapat beberapa minuman sukan yang terkenal mengandungi kandungan sirap jagung fruktosa dan pewarna tiruan yang tidak baik untuk pemulihan anda.

Jika anda sedang mencari minuman altenatif yang terbaik, maka di sini terdapat beberapa minuman cadangan untuk membantu badan anda pulih daripada rutin senaman yang meletihkan.

1. Air Kelapa

alternatives-to-sports-drinks-coconut-water

Air kelapa mengandungi kandungan elektrolit dan antioksidan yang tinggi.

Berdasarkan daripada kajian yang dilakukan, air kelapa mengandungi 5 kali lebih pottasium (elektrolit penting hilang dalam peluh yang membantudengan penyimpanan karbohidrat) dari minuman sukan yang tipikal, menjadikannya penjana semula jadi penghidratan.

2. Jus Oren

Biasanya jus akan menjadi pilihan utama untuk menambah vitamin dan nutrien selepas senaman yang berintensiti tinggi. Gula semulajadi yang terdapat didalam jus oren akan memberikan kebaikan yang banyak keatas keperluan badan anda.

OJ dapat meningkatkan sistem badan anda dengan karbohidrat dan pottasium, tetapi ia sangat berbeza dengan kebanyakan minuman sukan, ia juga mengandungi vitamin C yang diperlukan oleh badan.

3. Hydro Whey Protein

fb_img_1474544495304

Susu berperisa coklat ini sudah terlalu sinonim dengan ahli bina badan untuk mempercepatkan tempoh pemulihan dan penambahan saiz otot. Susu ini akan memberikan protein, kalsium dan carbo yang diperlukan untuk pengembangan otot selepas melakukan senaman dalam tempoh yang lama di dalam gym. Pastikan anda mengambil jenis hydro whey kerana ia lebih cepat menyerap berbanding whey biasa.

4. Yogurt

alternatives-to-sports-drinks-yogurt

Jika anda tidak terlalu berminat dengan susu protein coklat, anda boleh menggantikan ia dengan yogurt untuk penambahan protein dalam badan anda.

Menggunakan susu atau yogurt tanpa penggunaan pemanis tambahan akan menghasilkan karbohidrat, protein,sodium dan pottasium yang baik.

Entri: Fakhrul Islam