Online Shop
Free Shipping to Peninsular Malaysia Shipping Worldwide Need Help? +6013-9921806 (WhatsApp & Call)

Punca Mengapa Berat Mulai Naik Ketika Mencecah Umur 30

Apabila melihat kadar obesiti dewasa mengikut keadaan dan mengikut umur, kita melihat bahawa terdapat kenaikan dramatik dalam berat badan antara umur 26 dan 44. Selalunya orang akan membuat kesimpulan bahawa jika berkahwin pasti berat naik atau jika tua memanglah berat akan naik. Namun sebab sebenar mengapa keadaan ini berlaku akan dikongsikan dalam artikel ringkas ini.

1.Kadar aktiviti harian semakin berkurang

 Apabila kebanyakan orang menyalahkan metabolisme mereka kerana peningkatan berat, sebenarnya mereka ini terkeliru. Kadar penggunaan tenaga berbanding tempoh rehaat pada umur ini adalah sedikit. Tempoh masa rehat akan bertambah 50-70%.   Apabila kita bertambah umur dan semakin tua kita tidak lagi bersukan, kita tidak menunggang motosikal, dan kita tidak aktif dengan rakan-rakan sepertinya kita sebaliknya beban tanggungjawab yang banyak mengatasi segalanya. Waktu yang lama yang kita gunakan untuk menjadi aktif ditinggalkan selama berjam-jam duduk di depan komputer di tempat kerja. Jika sebelum ini anda boleh berjalan jauh, apabila mencecah umur 30 ini anda lebih suka duduk di rumah dan berehat santai sahaja.

2. Keutamaan berubah

Dan sebab yang besar mengapa kita lebih kuat berkerja adalah ia menjadi keutamaan yang lebih berbanding aktiviti lain. Tekanan untuk berjaya, mencari duit, membaiki ekonomi, berkahwin dan sebagainya membuat aktiviti fizikal dijadikan sebagai sampingan sahaja. Tambahan lagi menikmati makanan setelah stress berkerja membuatkan kesihatan diri dibelakangi berbanding masa muda anda yang tidak begitu stress. Biasanya orang yang sibuk ini akan mengambil makanan yang cepat dan mudah. Dan itu adalah “makanan ringan” dan ini adalah punca utama juga berat badan terus menaik dan menaik.

3. Hilang berat otot

Semakin meningkat umur anda anda akan berisiko untuk hilang otot anda. Kajian menunjukkan kita akan hilang 3-8% berat otot setiap 10 tahun selepas umur mencecah 30 tahun. Jadi untuk elakkan benda ini berlaku, anda kena mengangkat berat walaupun umur anda meningkat. Teruskan melakukan senaman berat untuk anda kekalkan berat otot kerana berat otot inilah yang akan mengawal kalori berlebihan dari masuk.

4. Perubahan Hormon

Bila umur meningkat dewasa, kadar testosterone anda akan menurun dan hormon pertumbuhan badan juga menurun. Untuk mengekalkan komposisi badan yang baik, pastikan body fat anda rendah di samping tinggi berat otot anda. Namun sebenarnya kadar testoterone yang dikatakan menurun akibat perubahan umur hanyalah 1% setiap tahun tetapi ia lebih ketara penurunannya akibat dari sifat dan perubahan sikap seperti kuat makan, stress, tidak bersukan dan tidak menjaga diet.

Secara kesimpulan, kita tidak akan terlepas dari perubahan sikap semasa mencecah umur 30  dan ke atas yang akan memabawa kepada peningkatan berat. Jadi, pilihan di tangan anda untuk mengubah sifat negatif ini kepada sikap positif bagi mengekalkan kesihatan berpanjangan. Tidak rugi orang yang biasakan menjaga kesihatannya dari usia muda.

Entri: Fakhrul Islam