Online Shop

Punca Utama Kenapa Anda Tak Ada Sixpack

Pernah tertanya-tanya, kenapa sixpack anda tak muncul-muncul walaupun dah buat sit-up dan crunches sampai beribu-ribu kali? Tengok orang lain dah berketak-ketak badan, anda masih nampak sebu (macam Admin), lalu anda pun berasa jeles (tapi bukan Admin). Apa yang anda buat? Tambah lagi bilangan rep sit-up dan crunches.

 

Ini bukan cara yang betul untuk nampakkan sixpack. Ada satu sahaja sebab yang paling utama dan dihadapi hampir semua orang dalam mengejar 6 ketulan di perut itu, iaitu mereka masih mempunyai peratusan lemak yang tinggi!

 

Sebagaimana otot kita tak nampak kering sebab dilitupi lemak, begitu juga dengan otot di perut. Mereka tidak kelihatan walaupun otot-otot lain dah besar dan pinggang anda tak ada lah begitu besar, tapi sixpack tak mahu muncul juga. Ia berlaku sebab peratusan lemak di badan masih tinggi. Jadi, lemak menutup sixpack yang anda ada.

 

Semua orang ada sixpack, jangan risau. Nampak atau tidak sahaja, sebab lemak itu yang mengganggu. Lalu, bagaimana anda nak bagi sixpack anda muncul? Tak lain tak bukan, anda kena kurangkan peratusan lemak badan. Itu sahaja yang anda boleh buat untuk nampakkan sixpack meskipun dah berlatih lama. Ini bermaksud, anda kena ber”diet” dan menjaga makan. Tak boleh lagi dirty bulk!

 

Senaman yang anda buat untuk cutting dan semasa diet adalah sama sahaja semasa bulking, iaitu anda kena main berat dan latih untuk kekuatan bagi mengekalkan jisim otot. Begini, kalau otot anda besar sebab masa bulking anda main berat-berat, apabila anda main ringan sahaja semasa cutting, otot yang anda bina sebab main berat akan hilang. Pepatah orang putih, “use it or lose it”.

 

Mereka yang nak nampak sixpack boleh mula untuk mempercantikkan lagi pemakanan mereka. Mulakan dengan mengurangkan gula dalam makanan dan minuman harian, gantikan minyak biasa dengan minyak zaitun, kurangkan karbohidrat lebihkan sayur-sayuran, dan banyakkan pengambilan protein. Semestinya, Hydro Whey amat sesuai bagi mereka yang sedang bulking mahupun cutting, dan jika dijaga pemakanan dengan baik, Hydro Whey boleh bantu anda untuk dapatkan sixpack!

 

Entri oleh: Aiman Radzi (@TheTherabeast)