Online Shop
Free Shipping to Peninsular Malaysia Shipping Worldwide Need Help? +6013-9921806 (WhatsApp & Call)

Ramai Orang Fitness Suka Makan Salmon! Tahukah Anda Akan Sebabnya?

Sedia maklum bahawa ikan adalah sumber protein yang baik dalam diet seharian tidak kira dalam proses membakar lemak atau membina otot. Selain ayam, ikan juga menjadi pilihan bagi ahli bina badan dalam mendapat badan yang cantik, namun dalam pelbagai jenis ikan yang ada, terdapat suatu jenis ikan yang terbaik.

 

Salmon

Ia adalah salmon. Salmon adalah ikan yang tinggi jumlah proteinnya membuatkan ia menjadi pilihan.

 

Kenapa anda perlukannya?

 

Kita tahu makanan tinggi protein adalah diperlukan dalam membentuk otot dan membina lebih banyak sel-sel otot.

 

Namun, bukan itu sahaja, apa yang membezakan ikan ini adalah ia sangat kaya dengan omega-3 fatty acid. Lemak ini adalah lemak yang baik dalam mengurangkan kadar insulin untuk membawa glukos ke dalam badan. Benda ini adalah baik kerana, jika kadar insulin dikeluarkan terlalu banyak, maka ruangan lemak dalam badan akan bertambah.

 

Tidak kisahlah anda nak ambil fresh atau yang di dalam tin kerana keduanya masih dalam kategori tinggi protein dan rendah kalori. Namun, salmon di dalam tin biasanya anda tidak akan mendapar kandungan lemak yang baik sepenuhnya. Ini kerana pemprosesan yang berlaku membunuh lemak-lemak baik di dalamnya.

 

Entri: Fakhrul Islam