Online Shop
Free Shipping to Peninsular Malaysia Shipping Worldwide Need Help? +6013-9921806 (WhatsApp & Call)

Rasa Letih Semasa Workout? Amalkan Auto-Regulation!

Biasalah, kita sebagai rakyat Malaysia kena kerja keras sikit kalau nak dapatkan sesuap nasi untuk diri dan keluarga. Ada hari badan kita terasa lesu daripada biasa. Kalau workout, memang tak akan dapat push 100% macam sesi latihan sebelum-sebelumnya.

 

Semestinya, boleh push habis-habisan. Admin pun ada hari lesu, Admin paksa push diri untuk workout sampai ada masa rasa macam nak pengsan sebab nak habiskan latihan. Tapi memang betul, apa-apa pun latihan tetap kena berjalan dan dihabiskan. Cuma, intensiti sahaja boleh dimanipulasikan.

 

Intensiti? Apakah maksud intensiti dalam latihan? Ia adalah kesusahan latihan anda, boleh dimanipulasikan melalui penggunaan bebanan, variasi senaman, durasi rehat antara set, jumlah rep yang dilakukan, dan macam-macam lagi.

 

Apabila anda lesu, anda boleh main-main dengan intensiti ini. Biasa dengar tak perkataan deload? Ia adalah satu fasa di mana anda rendahkan intensiti atau isipadu latihan untuk memberikan badan anda rehat supaya ia boleh membesar dan jadi lebih kuat. Auto-regulation pula adalah pengubahsuaian intensiti latihan mengikut kondisi badan. Selagi mana anda berlatih dan mencabar diri, itu adalah yang terbaik daripada tidak berlatih.

 

Sebagai contoh, kalau Admin boleh squat 180kg 3 rep pada skala kesusahan RPE 9, tak semestinya Admin squat lagi lain kali boleh dapatkan nilai sama. Mungkin satu hari Admin nak squat tetapi hari itu kerja banyak, nak squat 180kg 1 rep pun bermasalah. Jadi, masa inilah auto-regulation mula berperanan. Anda gunakan bebanan yang berat untuk anda pada hari itu. Kalau hari anda letih, nak angkat 150kg 3 rep pun letih, maka itulah intensiti anda untuk hari itu. Orang sebut ini sebagai training max.

 

Auto-regulation adalah tentang mengubah intensiti latihan anda supaya ia sesuai mengikut kondisi badan pada satu-satu hari. Tetapi, jangan jadikan ini alasan untuk tidak push 100% setiap hari!

 

Ada banyak lagi tips yang anda boleh dapat di laman web Mesotropin sekarang!

 

Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)