Online Shop
Free Shipping to Peninsular Malaysia Shipping Worldwide Need Help? +6013-9921806 (WhatsApp & Call)

Rasa Sakit Badan Selepas Kembali Bersenam Daripada Bercuti

Biasalah, kadang-kadang kita bercuti daripada bersenam tak kira di taman, di rumah, ataupun di gym. Mungkin kita bercuti sebab kesibukan kerja atau kekangan ekonomi untuk beberapa bulan.

 

Tidak mengapa! Janji, kita ada semangat dan keinginan untuk teruskan semula perjuangan kita. Fitness is a lifestyle, not a race. Maksudnya, dunia kecergasan ialah satu jenis gaya hidup dan bukannya lumba pecut. Kesihatan dan fizikal yang mantap tidak dicapai dalam sebulan dua, tetapi mengambil masa bertahun-tahun.

 

Jadi, selepas anda kembali daripada bercuti, anda pun pergilah bersenam di gym. Semua jenis senaman anda buat, katanya nak lenjan supaya otot cepat naik semula. Walaupun badan macam tak larat, tapi anda hentam juga dan paksa sampai habis. Balik rumah, tidur lena.

 

Kelihatan seperti tiada apa-apa yang berlaku. Tiba waktu pagi, anda buka sahaja mata dan merasakan satu perasaan yang susah nak diperjelaskan di mana satu badan anda mula rasa sakit. Pergerakan yang anda buat sangatlah terbatas sebab dari atas sampai bawah terasa kesakitan yang amat.

 

Paksalah diri bangun untuk ke tandas. Tetapi, saat nak duduk untuk membuang air maka terasalah azab kepedihan otot di seluruh kaki yang membuatkan anda seperti tak mahu bangun lagi. Selamat kembali ke dunia fitness!

Image result for doms"

Apa yang anda rasakan ini dinamakan sebagai delayed-onset muscle soreness atau dalam sebutan ringkas DOMS. Ia bukan sejenis penyakit tetapi hanyalah kondisi yang anda akan alami jika anda memaksa otot anda berkerja melebihi kemampuan.

 

DOMS adalah sesuatu yang bagus jika anda dah konsisten workout untuk beberapa minggu. Ia boleh dijadikan sebagai penanda yang workout anda dilakukan dengan intensiti yang betul. Tetapi, kini kita bercakap tentang yang baru nak mula semula langkah fitness mereka selepas bercuti. Pada masa ini, DOMS bukanlah benda yang kita kejar.

 

Sebab apa? Kita mahukan frekuensi latihan yang kerap untuk mula-mula ini. Jika kita tak dapat nak commit diri pergi ke gym dengan kerap untuk beberapa minggu pertama kita mulakan semula bersenam, susah untuk kita kekal kembali dalam dunia fitness.

 

Maksud saya begini, bayangkan anda pergi hari pertama dan senaman dibuat sampai lunyai. Esok, anda sakit yang teramat sampai tak boleh pergi ke gym. Kemungkinan besar sakit itu bertahan selama seminggu. Lalu, anda tak pergi ke gym selama seminggu. Minggu depan pergi lagi, sakit juga tapi mungkin kurang sedikit, dalam 3 hari tak pergi gym. Jadi, jumlah senaman yang dilakukan hanyalah beberapa kali sahaja dalam seminggu dua tersebut.

 

Bezakan dengan yang bersenam tetapi pada tahap intensiti masuk akal bagi yang baru mula bersenam. Sikit-sikit sahaja untuk hari pertama, esok boleh datang lagi ke gym. Lusa pun sama sebab tak sakit sangat, tapi dalam masa sama dia cuba untuk tambahkan bebanan atau senaman yang dilakukan supaya jadi susah. Selepas seminggu, dia dah mula gunakan bebanan yang sedikit berat, dan sakit badan pun pada tahap yang boleh diterima.

Image result for gym motivation"

Inilah yang dinamakan sebagai perancangan berkesan. Anda kena fikir untuk naikkan frekuensi senaman dahulu jika anda baru nak mula semula bersenam. Bukan terus naikkan intensiti senaman. Biar lambat asal selamat, sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

 

Untuk meningkatkan lagi keberkesanan recovery atau pemulihan, anda disarankan untuk guna protein whey yang akan mencukupkan keperluan protein anda setiap hari. Dalam 2 scoop biasanya sudah memadai untuk penggemar gym biasa.