Online Shop
Free Shipping to Peninsular Malaysia Shipping Worldwide Need Help? +6013-9921806 (WhatsApp & Call)

Realiti Dalam Menurunkan Berat Badan

Proses menurunkan berat badan boleh jadi menggembirakan atau menyeksakan bagi sesetengah orang. Ia bergantung pada jenis “jalan” yang anda pilih untuk lalui.

Kalau anda tengok transformasi-transformasi yang dicanangkan dalam media sosial, ada yang turun bekilo-kilo dalam masa yang sangat singkat. Ada yang buat 30kg dalam 3 bulan! Memang tak mustahil, tetapi ada ceritanya.

Kemudian, ada yang nampak sado tetapi gemuk. Dalam masa singkat, mereka dapat jadi lebih shredded dengan mudah siap berotot lagi! Apa ceritanya di sini?

Lagi Gemuk Lagi Senang Turun Berat

Apabila badan anda terlalu lebih berat dan jarang mendapat stimulasi latihan, maka ia akan lebih mudah (sangat-sangat) untuk turun berat badan. 10kg sebulan adalah perkara biasa didengari. Tetapi, apabila anda sudah jadi semakin kurus, maka bertambah susahlah untuk turunkan lagi berat badan.

Lagi Sado Lagi Senang Bakar Lemak

Apabila badan anda sudah berotot, maka metabolisme badan anda menjadi lebih tinggi secara semula jadi. Ini akan bantu anda untuk bakar lemak dengan lebih berkesan. Tak hairanlah kalau anda tengok transformasi abang sado gemuk kepada shredded dengan cepat.

Dua-dua ini memerlukan penjagaan makan dan latihan yang betul. Tetapi, perasan tidak, Admin ada tulis satu turun berat mudah, satu lagi turun lemak mudah? Ya, dengan membina otot, anda akan lebih mudah bakar lemak. Bukan semua berat yang turun ialah berat yang baik. Maka, bina otot dahulu, lemak akan terbakar mengikutinya.

Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)