Online Shop
Free Shipping to Peninsular Malaysia Shipping Worldwide Need Help? +6013-9921806 (WhatsApp & Call)

Rhabdomyolysis: Apa Yang Jadi Bila Anda ‘Push’ Melebihi Had?

Rhabdomyolysis adalah suatu gejala yang sering kali dikaitkan dengan CrossFit, tetapi sebenarnya masalah ini boleh terjadi kepada sesiapa sahaja, tanpa mengira jenis senaman yang dilakukan, terutamanya jika anda ‘push’ melebihi had. Persoalan yang lebih penting ialah, apakah ia?

 

Rhabdomyolysis merupakan kerosakan kepada otot rangka yang selalunya disebabkan oleh senaman berat yang keterlaluan. Selain itu, ia juga boleh terjadi akibat daripada crushing injury, ubat-ubatan, toksin dan jangkitan. Apabila otot mengalami kerosakan, kandungan toksik yang terdapat di dalam sel otot seperti creatine phoshokinase (CPK), myoglobin, potassium, phosphate dan uric acid akan dilepaskan ke dalam saluran darah. Tubuh kita biasanya boleh menyaring dan membersihkan toksin ini, jika jumlahnya kecil. Namun, tubuh kita tidak berupaya menangani pelepasan kandungan toksik yang banyak. Ia seterusnya akan menimbulkan masalah yang serius seperti gangguan rentak jantung, kerosakan ginjal dan akhir sekali, kematian. Walau bagaimanapun, masalah ini boleh dirawat jika dikesan di peringkat awal.

 

Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Rhabdomyolysis?

Walaupun penyakit ini sering dikaitkan dengan latihan crossfit, terdapat golongan lain yang turut menghadapi risiko yang sama termasuklah:

  • Anggota tentera
  • Atlet sukan
  • Atlet angkat berat di peringkat olimpik
  • Pelari pecut dan pelari maraton
  • Individu yang mempunyai faktor genetik yang boleh meningkatkan risikonya

Pada dasarnya, penyakit ini disebabkan oleh kerosakan pada tisu otot akibat daripada tekanan atau trauma. Namun, ia juga boleh berlaku apabila kita ‘push’ melebihi had. Lazimnya, tubuh kita boleh menyesuaikan diri dengan tekanan senaman, asalkan ia masih berada dalam had berat badan dan intensiti, serta tidak melampaui had keupayaan. Tidak kiralah samada individu tersebut telah berlatih atau bersenam selama 10 tahun – rhabdomyolysis boleh berlaku dengan satu sesi senaman sahaja.
Kebanyakan kes berlaku kepada beginner yang melakukan senaman baru melebihi had kemampuan mereka – inilah salah satu sebab mengapa ia sering berlaku di dalam sesi latihan CrossFit yang berintensiti tinggi. Namun demikian, apa sahaja senaman atau latihan yang dilakukan untuk pertama kalinya boleh membawa kepada rhabdomyolysis jika anda ‘push’ melebihi had keupayaan.

 

Akhir kata:

Sentiasa berwaspada sekiranya anda mengalami classic triad yang sering dikaitkan dengan gejala ini; kelemahan dan kesakitan otot serta air kencing yang bertukar gelap. Apa-apa pun, dapatkan pengesahan doktor terlebih dahulu. Langkah pencegahan juga penting, dan caranya cukup mudah: Push to your limit but not beyond it. Selain itu, elakkan mengulangi latihan dengan 100% intensiti setiap hari, tanpa berehat. Di samping itu, sentiasa kekalkan hidrasi tubuh bagi memastikan kefungsian otot kekal di tahap optimum dan mengurangkan risiko rhabdomyolysis.

 

Entri: Tini Lorna Lim