Online Shop

Rokok Melambatkan Bina Badan

Sekarang, rokok boleh dikira sebagai trend yang selalu diikut anak muda. Betulkah dengan menghisap rokok dapat menjadikan imej seseorang sebagai individu yang cool? Admin tak tahu tentang itu, yang Admin boleh cakap, rokok boleh mengganggu proses bina badan anda. Kenapa? Jom kita lihat!

 

Rokok Melambatkan Pemulihan

Satunya punca utama rokok adalah tidak baik terletak pada kesannya yang melambatkan pemulihan sel dalam badan. Pernah dengar kalau anda mengalami patah tulang atau kecederaan-kecederaan sendi, doktor tak menggalakkan anda untuk menghisap rokok. Kenapa? Sebabnya, ia melambatkan pemulihan kecederaan tersebut!

 

Sama dengan bina badan. Anda berlatih di gym, menyebabkan otot anda mengalami kerosakan-kerosakan mikro, dan menghisap rokok melambatkan proses pemulihan otot-otot tersebut. Kalau anda tak tahu, proses pemulihan adalah tangga yang pertama dalam membina badan. Latihan banyak-banyak tapi tak ada proses pemulihan yang berkesan boleh dikatakan sebagai sia-sia sahaja.

 

Rokok Melambatkan Metabolisme

Anda berlatih untuk bina otot, lantas metabolisme badan anda meningkat. Menghisap rokok pula menerbalikkan kesan ini, di mana metabolisme badan anda pula yang berkurang. Anda akan susah untuk bina otot dan bakar lemak. Kandungan rokok menyebabkan satu kondisi dinamakan hypoxemia. Apabila nutrisi kurang sampai ke sel (akibat kandungan rokok), pemulihan akan berkurang dan metabolisme anda menurun.

 

Meskipun anda boleh namakan atlit-atlit bina badan yang berjaya dan mereka masih menghisap rokok, tidak perlulah ikut contoh yang kurang baik. Anda boleh jimatkan duit daripada membeli rokok kepada membayar yuran gym, membeli makanan, supplement, malah memasukkan duit ke dalam tabung masjid. Tetapi, semua itu adalah hak dan pilihan anda.

 

Entri oleh: Aiman Radzi (@TheTherabeast)