Online Shop
Free Shipping to Peninsular Malaysia Shipping Worldwide Need Help? +6013-9921806 (WhatsApp & Call)

Rutin Latihan Kurus Untuk Orang Malas

Tak ramai yang rajin, tapi hampir semua orang nak jadi kurus. Biasalah, kalau selagi boleh guna shortcut, orang akan gunakan. Jangan rasa bersalah, ini adalah perkara normal. Tapi, rasalah bersalah kalau anda masih menunggu shortcut tersebut untuk wujud baru nak mulakan langkah kurus.

 

Telanlah hakikat, tak ada ubat shortcut untuk kurus dalam masa sama selamat untuk digunakan. Memang ada ubat yang kalau guna mesti akan turun berat, tapi ramai dah mati dalam penggunaannya. Ini adalah ubat dan bukannya supplement.

 

Sekarang, untuk kurus memerlukan ketekunan dari segi latihan yang dilakukan dan juga diet yang diamalkan. Ramai salah anggap yang kalau nak kurus, kena banyakkan berjogging sahaja. Itu bukan keutamaan anda, tetapi diet terletak pada tangga pertama ke arah pengurusan badan. Berjogging pula bukanlah yang paling efektif (tapi boleh diamalkan) kerana ada senaman lain yang lebih bagus untuk diamalkan seiring dengan berjogging.

 

Ini bukan rutin tipikal untuk orang kurus di mana mereka hanya amalkan sit-up setiap hari untuk beratus-ratus rep sekali jalan, bangun satu hari terus kurus. Tidak sama sekali, ini adalah rutin untuk orang malas tetapi masih nak kurus. Malas di sini maksudnya malas nak berjogging lama-lama tetapi cekal hati nak buat senaman yang lain.

 

Seperti yang dinyatakan tadi, berjogging bukanlah paling efektif (tapi tetap berguna) kerana senaman rintangan lebih bermanfaat untuk membakar lemak di samping membina otot. Senaman rintangan bermaksud senaman yang menggunakan bebanan. Tak semestinya guna barbell dan dumbbell, guna berat badan pun boleh (bodyweight training).

 

Lebih baik anda amalkan push-up setiap hari berbanding sit-up yang terlalu mudah untuk menyakitkan pinggang. Push-up menguatkan pinggang, menguatkan bahu, tangan, dada, dan membina otot seluruh bahagian atas badan. Lemak terbakar bukan kerana anda banyak bersenam tapi kerana anda berdiet (topik diet bersenam hari lain).

 

Jadi, saya nak berikan satu rutin mudah untuk anda amalkan di rumah bagi meningkatkan kebolehan anda untuk jadi lebih kurus. Tak perlu keluar rumah untuk berjogging, tetapi kena kuat hati sikitlah kalau nak bersenam di rumah sahaja.

 

Set 1: Push-up

Image result for push up"

Buat push-up selama 30 saat, tak kira secara normal atau letakkan lutut di lantai. Janji anda push-up sahaja.

 

Set 2: High knees

Image result for high knees"

Bangun terus dari posisi push-up dan lakukan high knees untuk 30 saat.

 

Set 3: Push-up

Image result for push up"

Sama juga, tapi kali ini lakukan selama 20 saat sahaja.

 

Set 4: Lompat bintang

Image result for jumping jacks"

Bangun lagi daripada posisi push-up dan buat lompat bintang 20 saat.

 

Set 5: Push-up

Image result for push up"

Terakhir untuk push-up, tapi hanya lakukan selama 10 saat.

 

Set 6: Lari setempat

Image result for lari setempat"

Habiskan dengan larian setempat selama 10 saat.

 

Ini baru 1 round sahaja yang anda habiskan. Cuba habiskan sebanyak mana round anda mampu sekali jalan. Rehat antara round dalam 1 minit sahaja. Nak cuba cabar diri? Tambah jumlah round yang anda buat setiap minggu.