Online Shop
Free Shipping to Peninsular Malaysia Shipping Worldwide Need Help? +6013-9921806 (WhatsApp & Call)

Sakit Belakang Semasa Deadlift

Apabila kita sebut pasal sakit, ada macam-macam jenis sakit. Terutamanya dengan dunia kecergasan dan fisioterapi, jenis sakit itu sendiri amat penting untuk kita kenalpasti supaya kita dapat lakukan tindakan seterusnya yang betul.

 

Admin dapat soalan berkaitan deadlift. Ada yang tanya, kalau deadlift rasa sakit belakang, macam mana? Daripada situ, kita kena ambil beberapa maklumat:

  1. Sakit di bahagian mana?
  2. Sakit macam mana?
  3. Sakit semasa atau selepas deadlift?

 

Yang sakit sehari dua selepas anda deadlift, itu adalah DOMS. Dia rasa seperti lenguh-lenguh apabila bergerak dan sakit apabila ditekan otot bahagian itu. Ini adalah normal dan bukan tersekat pada deadlift sahaja. DOMS adalah petanda bagus yang anda berlatih dengan intensiti yang betul.

 

Jadi, sakit macam mana yang perlu anda ambil serius?

  1. Sakit semasa senaman
  2. Sakit di tempat sendi
  3. Sakit yang tak berkurangan
  4. Sakit sampai tak boleh berfungsi dengan baik
  5. Sakit lebam

 

Deadlift adalah antara senaman yang sangat teknikal. Cara anda lakukan deadlift boleh mempengaruhi keselamatan anda. Admin bukan nak takut-takutkan anda dengan deadlift, malah Admin lagi galakkan anda deadlift berat! Tetapi, anda kena belajar dahulu for yang betul.

 

Kebanyakan sakit di gym akibat latihan bukanlah berpunca daripada angkat berat. Tetapi, ia datang daripada form yang salah dan tahap biomekanik yang tidak cantik. Maksudnya, badan anda sendiri bermasalah dan perlu diteliti oleh yang pakar.

 

Pucuk pangkalnya, sakit perlu dikenalpasti jenisnya. Dan, biasanya sakit yang datang sehari selepas latihan adalah perkara normal. Tempoh sakit akan bergantung pada kondisi badan. Dalam masa inilah pentingnya anda dapatkan nutrisi secukupnya.

 

Gunakan Hydro Whey untuk memberikan nutrisi pemulihan pada otot-otot anda. Semuanya boleh didapati di Mesotropin sekarang!

 

Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)