Online Shop
Free Shipping to Peninsular Malaysia Shipping Worldwide Need Help? +6013-9921806 (WhatsApp & Call)

Sakit Dan Lenguh Selepas Workout? Baca Ini!

Bagi yang baru berjinak dengan mengangkat besi, anda pasti akan berasa lenguh dan sakit pada otot selepas sesi workout. Ini adalah perkara biasa kerana otot anda sedang membiasakan dengan melakukan perkara yang berat. Namun, kalau anda masih lagi berasa sakit dan lenguh selepas 36 jam workout, anda sebenarnya telah ‘over-training’. ‘Over-training’ bermaksud, anda telah melebihi limitasi prestasi tubuh badan anda dan tubuh badan anda tidak dapat melalui proses recovery dalam masa yang terdekat. Secara amnya, anda terlampau memaksa tubuh badan anda sehingga mengakibatkan stress dalaman tubuh anda.

Over-training adalah perkara biasa dalam latihan bebanan. Kesanya, tubuh badan anda akan berasa lenguh pada tubuh badan, prestasi yang menurun, hilang selera makan dan susah untuk tidur. Namun, yang paling mengerikan ialah anda mungkin tidak akan dapat mencapai goals  anda serta menggangu pertumbuhan kesihatan.

Bagi yang masih keliru bagaimana hendak menjalani latihan, anda seharusnya mempunyai perancangan program. Sebagai contoh, merancang setiap workout anda sebelum anda memulakanya iaitu bahagian mana yang anda hendak workout, berapa set, berapa repitisi dan juga berapa lama jangka masa rehat dan latihan. Anda juga hendaklah melakukan latihan anda mengikut volume yang tidak terlalu memaksa.

Seterusnya, anda perlukan rehat yang mencukupi bagi membolehkan proses pemulihan tubuh badan menjadi normal. Pemakanan juga amat penting dan pastikan anda memunyai karbohidrat, protein, lemak dan vitamin/zat galian yang mencukupi bagi menggalakan process recovery.

Akhir sekali, anda boleh melakukan rehat aktif pada hari bukan latihan. Maksudnya, pada hari anda tidak workout, anda boleh melakukan senaman yang ringan seperti stretching, berjalan kaki, berenang dan juga aktiviti riadah yang lain. Ini membolehkan badan anda terus berada dalam keadaan sedia tanpa stress.

 

Entri: Zaim Ariffin (IG: @uncle_kerek)