Online Shop
Free Shipping to Peninsular Malaysia Shipping Worldwide Need Help? +6013-9921806 (WhatsApp & Call)

Sama Tapi lebih Sihat!

Tipulah kalau anda tidak menggemari ayam goreng KFC atau pun ayam goreng Mcd. Jika dilihat balik, satu ketul ayam goreng ini sahaja mempunyai nilai kalori melebihi 300 kcal. Jelas sekali kalori berlebihan ini datangnya dari minyak kalau dah digoreng. Ya, minyak secara asasnya adalah dari sumber lemak tidak kira lemak sayuran ataupun lemak haiwan, lemak tetap lemak!

JIka anda hendak mencapai fitness goal anda, pemakanan merupakan kunci utama. Jadi, kalau cara pemakanan anda tidak begitu sesuai dan tidak mengikut keperluan, kemungkinan proses untuk mencapai body goals anda mungkin akan terbantut.

Jikalau seketul ayam goreng mempunyai purata 300 kcal, apa kata anda cuba untuk menggantikan ayam goreng ini kepada ayam bakar. Seketul ayam yang dibakar tanpa minyak ialah sekitar 120 kcal dan 90% daripadanya adalah protin berbanding ayam goreng, separuh daripada kalorinya adalah lemak. Kaedah ini dipanggil ‘Food Substitution’ di mana anda mengurangkan kalori berlebihan  salah satu caranya dengan menukar kaedah cara penyediaan ataupun Antara cara yang terbaik untuk memasak makanan tanpa minyak ialah:

-Rebus

-Kukus

-Bakar

-Salai

Air Frying ( Kaedah goreng tanpa minyak)

 

Jika hendak lebih sedap, anda boleh membakarnya dengan rempah ratus segar kerana rempah ratus ini mempunyai hampir 0 kcal.  Contoh rempah dan penambah perisa semulajadi yang anda boleh gunakan ialah serbuk cili, serbuk daun kari, lada hitam, bawang merah serta bawang putih. Tetapi jika anda hendak menjadikanya lebih mudah, terdapat banyak pasaraya pada harini menjual  rempah ratus yang sedia ada dengan kadar sifar Monosodium Glutamate (MSG) iaitu satu penambah perisa yang kurang sihat. Anda hanya perlu sapu pada ayam lalu terus bakar dan rasanya setanding dengan ayam goreng!

Menggunakan kaedah penggantian (substitution) dalam cara penyediaan makanan ini membolehkan anda makan secara lebih sihat!

 

 

 

Jangan lupa untuk menggunakan Hydro Whey daripada Mesotropin bagi mempercepatkan proses pemulihan tisu otot selepas workout!

Entri: Zaim Ariffin (@uncle_kerek)