Online Shop
Free Shipping to Peninsular Malaysia Shipping Worldwide Need Help? +6013-9921806 (WhatsApp & Call)

Selain Bina Otot Dan Turunkan Berat, Ternyata Perkara Ini Lebih Penting

Ramai individu tidak sabar memulakan senaman di gym kerana ingin menjadi kuat, sado, kurus, dan pelbagai lagi matlamat. Itu tidak menjadi kesalahan bahkan ianya bagus kerana masing-masing punya kesedaran memliki tubuh badan sihat. Namun ada seperkara yang perlu diberi perhatian penting oleh individu yang melakukan senaman atau workout.

Ia adalah postur anda. Ya, postur sangat penting kerana kita bermain dengan pergerakan dan bebanan. Jika kita mengabaikannya pasti sistem badan akan terganggu sekaligus matlamat awal anda akan terbantut.

Apa itu postur?

Postur adalah posisi seseorang pada ketika ia berdiri, duduk, atau berbaring.

Apa itu postur yang baik?

Postur yang baik adalah penjajaran badan yang selari disokong oleh amaun yang baik oleh tekanan otot terhadap graviti. Ini kerana tanpa postur dan otot yang menyokongnya kita akan jatuh ke tanah apabila berdiri dan rebah saat kita duduk.

Rahsia tubuh anda

Sebenarnya kita tidaklah perlu bersungguh-sungguh untuk mengekalkan postur yang baik. Ini kerana, hakikatnya beberapa otot dalam tubuh anda akan membantu.

Otot yang mana?

Beberapa kumpulan otot seperti hamstring dan otot belakang anda yang terpenting menjaga postur tubuh anda. Sementara ligamen membantu memegang rangka tulang anda supaya anda lebih stabil dan terasa seperti ditahan semasa berdiri dan pergerakan yang lain.

Mengapa penting kita jaga postur?

1. Membantu sendi dan tulang supaya ia kekal di posisinya membuatkan otot kita digunakan dengan baik dan betul. Perkara ini membantu kita mengelakkan sakit seperti artritis sakit sendi.

2. Mengurangkan tekanan pada ligamen yang memegang sendi .

3. Membuatkan otot bekerja dengan efisien tanpa geseran, badan juga akan mengurangkan penggunaan tenaga. Oleh itu, ia akan mencegah otot anda dari cepat penat.

4. Membantu mengelakkan ketegangan pada otot, dan sakit pada belakang badan anda.

Pentingnya menjaga postur dalam dunia fitness ini kerana ianya berkait dengan kestabilan badan anda. SemakinĀ  baik postur anda, semakin mudah anda melakukan apa-apa jenisĀ  senaman sekalipun.

Untuk menjaga postur anda ini anda perlu melakukan senaman-senaman khas yang akan saya kongsikan pada artikel akan datang. Anda juga boleh melayari internet tentang cara-cara menjaga postur tubuh anda kerana ianya penting untuk penjagaan tubuh anda untuk jangka masa yang panjang.

Entri: Fakhrul Islam