Online Shop
Free Shipping to Peninsular Malaysia Shipping Worldwide Need Help? +6013-9921806 (WhatsApp & Call)

Senaman Pencair Lemak Dan Pembina Otot Tanpa Gym

Bila kita cakap tentang bersenam, ia bukan sekadar bermaksud kena buat senaman di gym ataupun di taman-taman. Jika anda memang berhasrat untuk bersenam tetapi tiada kemudahan gym, anda boleh sahaja nak buat senaman bodyweight di rumah. Orang kata, nak taknak sahaja.

 

Kalau anda sedang mencari satu senaman istimewa untuk memberikan anda kelebihan power, kekuatan, kepantasan, dan ketahanan fizikal, memang ada satu senaman yang memberikan anda semua itu! Saya lupa nak cakap juga, ia adalah pembina otot dan pembakar lemak yang ditakuti ramai (sebab sangat berkesan tapi meletihkan)!

 

Tak ramai suka buat senaman bodyweight. Mereka lebih suka gunakan bebanan di gym seperti dumbbell dan barbell. Betul, kedua-dua alat tersebut boleh jadi lagi efektif dalam latihan, tetapi kita tak patut nafikan yang senaman bodyweight ada tempatnya sendiri dalam dunia bina badan. Apakah senaman yang saya maksudkan?

 

Burpees

Siapa lagi yang belum pernah mencuba burpees? Anda belum kenal erti letih kalau anda masih tak cuba buat senaman ini! Burpees yang dicipta oleh ahli fisiologi Royal H. Burpee mampu membantu anda untuk membina kekuatan dan penjanaan kuasa yang tinggi. Kedua-dua ini turut membantu untuk melatih ketahanan kardiovaskular.

 

Tak percaya? Cuba buat satu set sahaja sebanyak 10-20 rep sepantas yang boleh. Ada juga yang melakukan cabaran 25 burpees di bawah satu minit, dan itu memang dahsyat kalau anda boleh ulang berset-set lagi! Saya pernah cuba, tapi tak boleh lebih daripada dua set. Betul-betul memenatkan, tetapi kesannya terbaik!

Burpees akan “membakar” otot quadriceps, hamstring, punggung, betis, dan otot-otot bahagian core anda. Jangan kata itu sahaja, otot bahu dan chest anda turut terpinga-pinga untuk menghabiskan latihan ini. Menariknya burpees, ia boleh dilakukan begitu sahaja atau dijadikan sebagai warm up dan superset kepada senaman-senaman lain, semuanya berkesan!

 

Sekarang, cuba buat 25 burpees di bawah 1 minit dan postkan video ringkas anda buat senaman tersebut kepada saya. Ini adalah cabaran untuk anda. Kemudian, kalau dah power lagi, buat lagi banyak set dengan misi yang sama iaitu 25 burpees bawah 1 minit. Kita tengok siapa bertahan paling lama!