Online Shop
Free Shipping to Peninsular Malaysia Shipping Worldwide Need Help? +6013-9921806 (WhatsApp & Call)

Senaman Yang Paling Bahaya Untuk Newbie Gym

Kalau anda kira diri anda sebagai seorang newbie lagi, saya cadangkan anda tidak buat senaman yang ini kerana ia sangat berbahaya kepada anda dan mungkin kepada orang lain juga sekitar anda. Tersilap langkah sedikit, cutilah nanti daripada gym.

Kalau boleh kita nak elakkan kecederaan sebaik mungkin. Kecederaan bukan sahaja akan memakan masa untuk pulih malah memakan wang dan juga keselesaan anda seharian. Percayalah, kalau anda dah mula ada sakit belakang dan juga sakit bahu, duduk-duduk berehat pun berasa tak senang.

Apa sebenarnya senaman yang saya kata ini yang boleh mendatangkan banyak kesan buruk? Senaman ini sebenarnya bagus jika dilakukan dalam keadaan terkawal. Sebab itu juga saya tulis di dalam tajuk kita hari ini yang selama ni ni adalah bahaya untuk newbie gym. Kalau anda dah berpengalaman banyak, tak ada masalah.

Sebenarnya senaman yang saya kata ialah semua jenis senaman tapi dilakukan secara one-rep max. Anda gunakan bebanan yang paling berat benda boleh guna dan lakukan satu ulangan sahaja. Bunyi seperti mudah kerana anda hanya kena buat sekali, tetapi kerana bebanan yang berat hampir pada maksimum kemampuan anda, risiko untuk tercedera dan tersilap teknik adalah sangat tinggi.

Pengalaman kena ada dahulu sebelum anda bermain-main dengan 1RM. Memang penting untuk anda tahu had kemampuan anda supaya anda dapat lakar program dengan lebih baik. Tetapi kalau dah newbie, anda tak perlukan pun sebarang program yang complicated. Ini adalah permainan untuk orang yang dah mahir dengan selok-belok gym.

Yang selalu menjadi masalah dengan 1RM ialah pada senaman bench press, squat, dan deadlift. Di sinilah timbulnya banyak kecederaan di dalam gym (kerana mereka mengangkat mengikut ego). Last-last, otot ke mana, strength ke mana, kecederaan yang mari.

Entri: Aiman Radzi

Tag: