Online Shop
Free Shipping to Peninsular Malaysia Shipping Worldwide Need Help? +6013-9921806 (WhatsApp & Call)

Stretching Memang Penting Sebelum Bersenam Tapi Pastikan Buat Dengan Betul

Ramai masuk gym akan mula dengan stretching dahulu. Bukan gym sahaja, malah pergi bersukan macam main futsal, badminton, dan pergi berjogging sekali. Ini adalah konsep yang salah, sebenarnya!

 

Anda bukan kena stretching sebelum workout dan bersukan. Stretching boleh meningkatkan risiko kecederaan, bukan mengelak daripadanya. Bagaimana? Ia “melonggarkan” otot-otot anda, sedangka badan anda kena berada dalam keadaan “sedia” dan “tegap” untuk beraktiviti.

 

Bukan sahaja strecthing memanjangkan otot anda dan melonggarkannya, malah ia tidak sesuai dilakukan semasa otot anda sejuk. Dengan kata lain, baru nak mula aktiviti terus stretching. Sepatutnya, stretching dilakukan selepas otot anda menjadi panas melalui aktiviti atau urutan dan peralatan-peralatan khas lain seperti penggunaan hot pack, ultrasound, infra red ray, dan lain-lain.

 

Apa yang anda kena buat sebelum workout ialah warm up dan bukannya stretching. Ramai ingat kedua-duanya adalah sama, tetapi sebenarya tidak. Warm up bertujuan untuk memanaskan otot anda manakala stretching adalah untuk merehat dan meregangkan otot. Sesi aktiviti yang selamat dilakukan bersama otot yang telah dipanaskan dan bersedia untuk beraksi.

 

Bagaimanakah cara warm up yang betul? Cara yang paling mudah adalah dengan melakukan pergerakan ringan yang sama dengan senaman yang anda hendak lakukan dalam workout tersebut. Sebagai contoh, anda boleh mulakan chest day dengan melakukan beberapa set ringan bench press atau mulakakan sahaja dengan senaman isolation untuk chest. Itulah warm up!