Online Shop
Free Shipping to Peninsular Malaysia Shipping Worldwide Need Help? +6013-9921806 (WhatsApp & Call)

Superset Yang Melebarkan Bahu Anda

Untuk membesarkan bahu, anda kena banyak pressing dan tidak disangkal lagi, senaman behind-the-neck press adalah senaman yang paling padu untuk mengaktifkan kesemua gentian otot bahu. Tetapi, melainkan anda atlit bertaraf dunia, gunakan bebanan yang ringan sahaja untuk senaman tersebut.

 

Tetapi, Admin bukan nak cerita tentang satu senaman itu sahaja. Admin nak kongsikan satu rutin superset yang akan buat bahu anda kembang dan melebar! Apakah superset tersebut?

 

1- Behind-The-Neck Press

Disebabkan senaman ini agak berbahaya bagi orang biasa lakukan, gunakan bebanan ringan sahaja sekadar cukup untuk mengerjakan otot anda. Lakukan dalam 10 rep.

 

2- Lean Lateral Raise

Selesai 10 rep senaman tadi, terus ambil dumbbell dan lakukan lateral raise secara condong. Pegang apa-apa tiang dan biarkan badan anda condong sedikit sebelum melakukan lagi 10 rep lateral raise kiri dan kanan.

 

3- Lateral Raise

Habis lagi 10 rep, buat pula lateral raise secara biasa iaitu tanpa berpaut pada sesuatu untuk condong. Buat sebelah-sebelah, iaitu kiri dan kemudian kanan. Yang ini pun buat 10 rep. Cukup satu rutin superset, ulang lagi untuk 3-4 set keseluruhan.