Online Shop
Free Shipping to Peninsular Malaysia Shipping Worldwide Need Help? +6013-9921806 (WhatsApp & Call)

Tahukah Anda Apa Kesan Jika Anda Tinggalkan Senaman Ini?

Biasanya, orang akan bahagikan latihan kepada bahagian atas badan dan bahagian bawah. Ia ibarat dua negara yang berlainan, tetapi kedua-duanya berkerjasama. Kalau squat dan deadlift adalah raja serta permaisuri kepada bahagian bawah, maka senaman yang Admin nak kongsikan ini ialah raja untuk bahagian atas badan pula!

 

Senaman apakah yang Admin maksudkan? Tak lain, weighted chin-up! Selagi anda gunakan bebanan, anda berada dalam landasan yang betul. Ada yang gantung pada tali pinggang, ada yang pegang dumbbell guna kaki, ada juga yang gunakan resistance band. Tak kisah apa-apa, senaman ini sangat berguna untuk membina badan.

 

Kenapa?

Senaman ini mengerjakan bahagian-bahagian ini:

  1. Latissimus dorsi
  2. Teres minor/major
  3. Rotator cuffs
  4. Rhomboids
  5. Levator scapulae
  6. Trapezius
  7. Deltoids
  8. Pectoralis major/minor
  9. Brachialis
  10. Brachialis
  11. Biceps
  12. Triceps
  13. Abs

 

Banyak, bukan? Sebab itu, ia adalah raja senaman untuk latihan bahagian atas badan. Bayangkan, otot-otot ini dikerjakan dalam senaman chin-up yang standard tanpa bebanan. Kalau anda tambah bebanan, boleh bayangkan betapa bagusnya senaman ini untuk kita?

 

Nak bina otot mudah sahaja. Anda kena jadi kuat, anda boleh buat yang berat-berat, dan anda boleh ulang banyak kali. Buat secara bodyweight sahaja tak cukup untuk jadikan anda monster. Anda kena ada bebanan, dan cara guna bebanan adalah seperti Admin cakapkan tadi.

 

Mungkin mula-mula susah, tapi itulah realiti bina badan. Semuanya pada permulaan adalah susah. Tetapi, dengan konsistensi, anda boleh melakukannya. Buat sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.