Online Shop
Free Shipping to Peninsular Malaysia Shipping Worldwide Need Help? +6013-9921806 (WhatsApp & Call)

Tak Ada Masa Untuk Bersenam? Urus Masa Latihan Anda Begini!

Kalau anda sedar diri anda tak fit dan anda ingin ubah diri anda, jangan dengar cakap orang yang nak menjatuhkan anda. Semua orang mampu berubah dan transformasi badan mereka, tak kira jantina, umur, dan masa. Tak pernah terlewat untuk usaha jadi makin sihat.

Cuma, sekarang ramai bermaslah dari segi masa. Bagi orang ramai, penghalang mereka ialah kesuntukan masa kerana berkerja dan sibuk menjaga rumah (bagi suri rumah). Betulkah ini menjadi halangan? Fahamkan, setiap orang mempunyai jumlah masa yang sama iaitu 24 jam sehari. Ia sebenarnya berkaitan cara anda menguruskan masa. Admin kongsikan beberapa strategi;

1- 3 Jam Sahaja Seminggu

Jika anda hanya ada masa 3 jam untuk bersenam seminggu, sejam sehari sudah memadai. Lakukan latihan anda 3 kali seminggu dan fokus kepada latihan bebanan yang memberi tekanan pada stress metabolik. Tak faham? Tak perlu, ingat begini sahaja. Kalau anda tak ada masa senaman, buat senaman guna bebanan seperti pergi ke gym. 1 jam sehari sebanyak 3 kali seminggu.

3-5 Jam Seminggu

Jika anda ada lebih masa seperti 3-5 jam seminggu, anda boleh buat latihan 3 kali seminggu dengan setiap sesi selama 90 minit atau buat 5 sesi seminggu, fokus setiap sesi 60 minit sahaja. Cuma, bezanya ialah anda buat senaman bebanan 60 minit, dan 30 minit lagi fokus pada senaman HIIT yang mencabar jantung. Kalau anda buat 5 sesi, anda boleh buat 3-4 sesi bebanan, dan 1-2 sesi HIIT.

5-6 Jam Seminggu

Ada masa terluang lagi dan anda mula suka dengan senaman dan menjadi lebih fit serta cergas, anda boleh amalkan senaman aerobic secara interval seperti aerobic, poco-poco, dan zumba.

6-8 Jam Seminggu

Banyak rupanya masa anda untuk bersenam, bukan? Apabila anda dah mula urus masa dengan baik, sebenarnya ada masa. Kalau ada masa banyak begini, anda dah boleh mula tambah senaman kardio panjang seperti berjogging di taman-taman. Jangan lupa bawa keluarga sekali berjalan-jalan.

Entri: Aiman Radzi