Online Shop
Free Shipping to Peninsular Malaysia Shipping Worldwide Need Help? +6013-9921806 (WhatsApp & Call)

Tak Faham Tentang Pre Dan Post Workout? Hadam Ini

Apa yang anda makan sebelum dan selepas senaman akan mempunyai kesan yang besar terhadap bagaimana pretasi anda di gym, berapa cepat anda pulih, dan hasil yang anda akan lihat di cermin. Tidak kira sama ada anda cuba untuk membina otot atau membakar lemak, anda akan berada dalam keadaan yang rugi jika anda benar-benar mengabaikan pemakanan pre workout (sebelum) atau post workout anda (selepas).

Pre workout

Kita sentuh dulu tentang pre-workout atau makanan yang perlu diambil sebelum workout. Apabila kita bersenam, kadar pecahan protein dalam otot akan meningkat. Sama ada matlamat anda adalah untuk bulking dan membina otot atau membakar lemak sambil anda mengekalkan otot, anda akan mahu melakukan yang terbaik untuk memastikan kadar pecahan protein lebih rendah dan kadar sintesis protein lebih tinggi. Oleh kerana asid amino adalah blok bangunan untuk otot anda, ia sangat penting untuk meningkatkan sintesis protein dalam otot. Tanpa asid amino yang beredar melalui aliran darah anda bukan sahaja anda kehilangan penggerak yang diperlukan untuk penghasilan protein, tetapi kadar pecahan protein anda akan menjadi tinggi.

JAdi untuk membina blok-blok amino asid itu anda perlulah melebihkan protein beberapa jam sebelum workout iaitu makan seperti dada ayam, telur atau ikan. Anda tidak disarankan untuk ambil protein shake sebelum workout kerana ia lebih ideal diambil selepas workout. Namun jika anda workout di pagi hari selepas bangun dari tidur, anda boleh minum protein shake sebagai makanan pre workout.

Selain itu, benda yang perlu ditekankan bersama protein semasa pre workout adalah karbohidrat. Karbohidrat yang diambil sebelum workout adalah sebagai pelincir untuk anda melakukan senaman. Ia akan mengelakkan rasa cepat letih dan membuatkan anda untuk mengangkat bebanan lebih berat mahupun melakukan lebih reps. Ini akan meningkatkan lagi pertumbuhan berat otot.

 

Post Workout

Kita beralih pada post workout. Selepas workout badan anda dalam keadaan peningkatan kadar protein dalam otot yang pecah. Sebab itulah anda memerlukan sekurangnya 2-40 gram protein bagi mengelakkan pemecahan otot atau kehilangan otot selepas bebarapa jam selepas wotkout. Jenis protein yang disarankan ialah protein yang cepat dihadam iaitu seperti whey protein shake kerana ia akan cepat menghantar amino acid ke dalam otot anda untuk penghasilan protein yang lebih. Jika anda sudah mengambil protein sebelum workout. masa pengambilan protein semasa post workout tidak menjadi masalah. Namun jika anda tidak menambil pre workout, maka pengambilan protein selepas workout perlu disegerakan. Untuk performance yang lebih anda dinasihatkan juga mengambil karbohidrat selepas workout seperti pisang, brown rice atau oatmeal untuk anda berada dalam keadan bersedia untuk latihan seterusnya. Anda juga disarankan untuk mengambil creatine sebagai supplemen tambahan untuk meningkatkan lagi prestasi anda untuk hari-hari seterusnya kerana kajian mengatakan bahawa mengambil creatine selepas workout mampu menambahkan 1 rep maksimum lagi (rujukan https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/arti…).

Entri: Fakhrul Islam