Online Shop
Free Shipping to Peninsular Malaysia Shipping Worldwide Need Help? +6013-9921806 (WhatsApp & Call)

Tak Guna Berat Pun Tak Apa Untuk Bina Otot

Makin kerap pulak saya nampak orang tekankan yang anda kena main berat untuk bina otot. Kenapa kena main berat-berat?

Bukan apa, kebanyakan orang yang suruh main berat-berat ini tidaklah memiliki tubuh berotot yang begitu mantap. Dan, kebanyakan benda pada mereka tidaklah mengangkat begitu berat pun sebenarnya. Lagi satu, golongan ini yang banyak dapat kecederaan.

Main berat memang boleh bantu bina otot (kalau anda tahu caranya). Anda kena faham kenapa anda main berat, dan anda kena faham berat adalah benda yang subjektif. Berat bagi individu ini tidak bermaksud berat bagi individu yang lain.

Tetapi, untuk membina otot sebenarnya tidak memerlukan bebanan yang begitu berat. Cukuplah menggunakan bebanan yang anda mampu kawal untuk banyak rep. Ini sudah memadai kerana kunci kepada pembinaan otot adalah TUT.

TUT ialah time under tension. Lagi lama otot mengangkat bebanan, lagi tinggi tekanan kepada otot tersebut. Tekanan yang kita kejarkan adalah tekanan metabolisme yang akan merangsang otot untuk membesar. Durasi terbaik adalah apabila anda menggunakan sesuatu bebanan yang anda hanya mampu angkat lebih kurang 8 hingga 12 ulangan.

Menggunakan bebanan yang berat bermaksud anda tak boleh membuat banyak ulangan dan ini mendorong kepada TUT yang rendah. Kalau buat terlalu ringan pula dan boleh buat banyak sangat rep, anda tak berikan tekanan yang betul pada otot. sebab itu saya kata gunakan bebanan yang anda boleh angkat 8 hingga 12 ulangan sahaja.

Ada kajian yang mengkaji antara dua kumpulan di mana satu kumpulan tidak menggunakan bebanan tetapi menggunakan bantuan EMG untuk mencapai kontraksi otot maksimum, manakala satu lagi kumpulan menggunakan dumbbell dan berlatih secara konvensional. Kumpulan yang menggunakan dumbell menambah bebanan dari semasa ke semasa manakala kumpulan EMG sentiasa memastikan durasi pengucupan otot mereka adalah maksimum.

Kajian tersebut mendapati bahawa kedua-dua kumpulan ini mendapat rangsangan kenaikan hipertrofi otot yang bagus, perbezaannya adalah pada peningkatan tahap kekuatan yang dimiliki oleh kumpulan yang menggunakan dumbell.

Apa yang kita boleh ambil di sini adalah anda boleh membina otot tanpa menggunakan bebanan pun selagi mana anda mengenakan tension yang secukupnya pada otot. Sekarang, gunakan bebanan untuk berikan stimulasi yang optimum untuk mendapatkan kedua-dua manfaat iaitu kenaikan dari segi kekuatan dan juga hipertrofi otot.

Entri: Aiman Radzi