Online Shop
Free Shipping to Peninsular Malaysia Shipping Worldwide Need Help? +6013-9921806 (WhatsApp & Call)

Tak Mahu Otot Besar Sangat? Ini Yang Anda Kena Buat!

Saya faham, tak semua orang main gym untuk menjadi besar seperti atlet bina badan yang ada tengok di dalam telefon bimbit. Anda melihat mereka seperti bukan normal. Anda hanya inginkan badan yang fit sahaja.

Pertama sekali, memanglah badan mereka tidak kelihatan normal tetapi sebenarnya biasa bagi mereka. Kalau anda merujuk kepada badan yang betul-betul berketak seperti juara dunia, tersangatlah susah untuk mendapat badan seperti itu. Kalau sado yang biasa-biasa sahaja, itu memang boleh.

Nak jadi sado pula bukan benda yang mudah sebenarnya sebab anda perlukan kepada pengorbanan yang tinggi. Pengorbanan dari segi masa, tenaga, wang, dan macam-macam lagi yang anda kena korbankan. Kalau anda tak boleh nak lakukan pengorbanan ini, anda tak perlu risau untuk mendapat badan yang besar seperti mereka.

Satu lagi, apabila anda memegang besi tidak semestinya anda akan menjadi besar seperti mereka. Seperti yang saya katakan tadi apa yang mereka dapat adalah hasil daripada titik peluh dan pengorbanan mereka. Bukannya mereka pegang besi dan terus jadi seperti itu.

Tetapi jika anda hanya mahukan badan yang fit sahaja dan tidak terlalu, anda perlu lakukan seperti yang berikut:

Latihan Kekuatan

Latihan kekuatan adalah latihan yang melatih sistem saraf untuk menjadi lebih efisien. Ia akan memberi tona kepada otot anda. Kalau latihan yang membesarkan otot seperti yang anda lihat abang sado lain jadi, latihan mereka lebih kepada latihan hipertrofi ataupun latihan yang memfokuskan kepada tekanan otot. Latihan kekuatan boleh membina otot tetapi tidaklah sebesar latihan hypertrophy. Begitupun lelaki and hipertrofi turut boleh menguatkan diri anda tetapi tidak seberkesan seperti latihan kekuatan.

Pemakanan

Pemakanan untuk menjadi seorang yang betul-betul sado dan besar terlalu banyak dan memakan kos yang tinggi. Ada yang mencecah sampai beribu-ribu untuk mencapai badan yang besar dan mengekalkannya. Itu satu hal juga, dah dapat kenalah pula korbankan wang untuk mengekalkan kondisi badan. Kalau anda tak boleh makan banyak seperti mereka, kalau anda jenis makan yang biasa-biasa sahaja, anda tak perlu risau kerana badan anda tidak akan menjadi besar seperti mereka. Tapi kalau nak jadi fit tu boleh, tak ada masalah.

Supplement

Sebagai seorang atlet bina badan, mereka akan menggunakan pelbagai jenis suplemen untuk mencukupkan keperluan badan mereka. Jumlah hidangan supplement mereka juga adalah tinggi. Sebagai contoh, ada yang memakan sampai 6 scoop whey protein 1 hari dan 6 scoop BCAA hanya untuk mendapatkan bekalan protein yang mencukupi. Kita yang inginkan badan biasa-biasa sahaja sudah memadai dengan mengambil 1 scoop whey protein sehari. Kos pun tidaklah begitu tinggi.

Entri: Aiman Radzi