Online Shop
Free Shipping to Peninsular Malaysia Shipping Worldwide Need Help? +6013-9921806 (WhatsApp & Call)

Tak Sempat Untuk Sediakan Makanan 5 Hari Sekali? Ikuti Tips Ini!

Soalan yang selalu admin dengar iaitu, ‘Saya selalu travel , tapi tak sempat nak masak untuk diet”. Baiklah, secara asasnya, diet ialah memenuhi keperluan nutrisi melalui pemakanan individu seharian. Kalau nutrisi pemakanan anda tidak mencukupi ataupun kurang, proses untuk mendapatkan body goals anda mungkin menjadi lambat.

Maka, ini adalah tips yang amat mudah bagi mereka yang tidak mempunyai masa untuk memasak ataupun selalu travel. Ini kerana ‘meal prep’ membolehkan anda menyediakan makanan untuk advance bagi 3-5 hari jika disimpan dalam peti sejuk.

Bagi ‘meal prep’ yang mudah, anda perlu memasak makanan anda bagi jumlah kuantiti yang anda inginkan. Contohnya, setiap hari anda memerlukan 500g ayam, 200g nasi putih dan 3 cawan sayur. Anda masak makanan ikut kehendak anda contohnya kalau ayam, anda grill atau pun bakar.

Setelah semua makanan masak, bahagikan ke dalam bekas makanan kepada 5 bekas. Maka anda akan dapat 5 meals setiap hari. Jadi, anda tidak perlu lagi masak untuk sepanjang hari. PASTIKAN BEKAS MAKANAN ANDA BOLEH DIGUNAKAN DALAM MOCROWAVE. Bagi tujuan untuk memberikan kesegaran makanan anda, simpan didalam peti ais. Tapi kalau untuk lunch, anda tidaklah perlu simpan dalam peti ais. Kiranya, 3 bekas lain itu sahaja yang perlu simpan di dalam peti ais. 2 bekas lagi itu, boleh tahan sampai tengah hari.

Apabila anda hendak mengambil meal anda sebagai contoh lunch, ambil bekas makanan yang telah sedia ada dan terus panaskan dalam microwave selama 1 minit. Siap dan anda boleh terus makan.

Kalau yang travel, ini tips yang paling mudah. Semasa admin prep diet untuk competition, kalau admin pergi travel admin akan membawa bekal yang frozen. Tapi bekal tu admin dah siap masak dari awal. Mudah, anda boleh pergi ke mana-mana kedai 7 eleven dan meminjam microwave untuk panaskan makanan. Tapi, sekurang-kurangnya, beli lah air mineral ke supaya nampak macam kita ni customer. Baiklah, itu sahaja untuk topik meal prep!

Selamat Mencuba!

 

Entri: Zaim Ariffin (IG: @uncle_kerek)