Online Shop
Free Shipping to Peninsular Malaysia Shipping Worldwide Need Help? +6013-9921806 (WhatsApp & Call)

Tak Tahan Digelar Gemuk,Lelaki Ini Tekad Turunkan Berat Badan Sebanyak 22.7 Kg & Menang Hadiah Kereta!


Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Betul tak?

Kali ini kami bawakan kisah Brother Hadi, anak kelahiran Pulau Pinang yang sememangnya ada masalah obesiti sejak kecil & hobinya pula adalah makan.

Sebab itulah gelaran ‘Adi Gemuk’ melekat pada batang tubuh beliau, huhu.

Dengan berat badan beliau pada skala bacaan timbangan 100 kg, beliau berjaya turunkan berat sehingga 77.3 kg dalam tempoh 5-6 minggu (hilang 22.7 kg!)

Semuanya bermula dengan ajakan seorang jurulatih kecergasan bertauliah dikawasan beliau untuk menyertai program penurunan berat badan Mesotropin Fitness Challenge pada hujung tahun 2016,iaitu Coach Mohd Izzat Bin Mazlan.

Program intensif selama 6 minggu tersebut berjaya merangka kembali cara pemakanan brother Hadi dari segi nutrisi serta pengiraan kalori yang betul disamping menekankan konsep senaman yang selamat dan mudah, sesuai dengan berat badan beliau.

Atas kesungguhan beliau, perubahan serta pengurangan peratus lemak pada badannya mula kelihatan dari hari ke hari & beliau merupakan antara peserta yang paling menyerlah akan kesungguhannya.

Ini adalah kerana, minda beliau telah di ‘set’ kan akan kepentingan menisbahkan pemakanan kepada senaman kepada 80:20 dan disinilah kunci kejayaan beliau.

Akhirnya, beliau telah dinobatkan sebagai Juara keseluruhan Mesotropin Fitness Challenge musim pertama dengan hadiah terbesar iaitu sebuah kereta Proton Saga!

Oh ya, untuk makluman anda, peserta ini adalah antara yang paling muda ketika itu dan masih menunggu keputusan SPM serta bakal melanjutkan pelajaran ke IPT.

Disini dapatlah kami simpulkan bahawa, dalam kehidupan ini, tiada apa yang mustahil sebab apa yang diperlukan adalah kesungguhan untuk mendorong diri menjadi lebih baik dari semalam.

Setuju?

Jadi, untuk kesekian kalinya, kami sekali lagi ingin menjemput anda semua untuk menyertai Mesotropin Fitness Challenge 2.0, iaitu program penurunan berat badan musim ke-2 anjuran Mesotropin.

Hadiah untuk kali ini, kami menyediakan hadiah berupa wang tunai keseluruhan yang bernilai Rm 20,000!

Berikut adalah senarai hadiahnya yep :

Juara : Rm 10,000
N. Juara : Rm 5,000
Ketiga : Rm 2,500
Keempat : Rm 1,000
Kelima : Rm 500
Ke-6 – 10 : Rm 200

Jadi, apa lagi?

Jom sertai Mesotropin Fitness Challenge 2.0 hari ini & untuk mendaftar, klik pada pautan yang tertera dibawah ini :

mesotropin.com/mfc
mesotropin.com/mfc
mesotropin.com/mfc