Online Shop

Teknik Latihan Ini Akan Paksa Otot Anda Membesar

Ada tak teknik yang boleh mempercepatkan tumbesaran otot anda? Jawapannya, ada! Mujurlah anda singgah di blog Mesotropin, kalau tidak rugilah buat latihan lain yang tak segempak latihan ini. Apakah latihan yang saya maksudkan? Latihannya mudah difahami, sukar dilakukan. Pernah dengar tentang GVT?

 

Apa Dia GVT?

GVT adalah singkatan kepada German-Volume Training. Dengan kata mudah, ia adalah sejenis latihan yang tinggi isipadu. Maksudnya, anda akan buat banyak rep dan set melalui latihan ini. Berapa rep dan set yang anda kena lakukan? Seperti saya katakan, latihan ini sangat mudah difahami, tetapi sangat susah dilakukan, sebabnya anda kena buat 10 rep sebanyak 10 set (dengan jumlah 100 rep keseluruhan) menggunakan senaman-senaman yang susah (senaman kompaun).

 

Macam Mana Nak Buat GVT?

Untuk lakukan program latihan ini, anda disarankan untuk pecahkan hari latihan anda kepada lima hari seperti berikut:

  1. Hari 1: Dada
  2. Hari 2: Belakang
  3. Hari 3: Rehat
  4. Hari 4: Bahu
  5. Hari 5: Kaki

 

Pada hari keenam dan ketujuh, anda boleh rehat dua hari secara berturut-turut. Kalau anda rasa boleh berlatih lagi, rehat pada hari keenam dan ulang semula rutin pada hari ketujuh.

 

Apakah jenis senaman yang anda akan lakukan? Anda akan gunakan senaman kompaun sebagai senaman utama. Habis buat senaman ini sebanyak 10 rep x 10 set, anda boleh teruskan dengan senaman lain (ikut pilihan anda). Tetapkan masa rehat antara set GVT ini maksimum 2 minit sahaja.

  1. Dada: Bench press
  2. Belakang: Barbell row
  3. Bahu: Overhead press (berdiri ataupun guna mesin Smith)
  4. Kaki: Squat

 

Habis buat ikut senaman utama tersebut, anda dibenarkan untuk buat sebarang jenis senaman yang anda mahu lakukan, seperti senaman isolation untuk bahagian yang anda latih mahupun untuk latihan tangan. Untuk pengetahuan anda, tiada hari khusus untuk latihan tangan kerana otot tersebut sudah dilatih bersama senaman kompaun yang tadi.

 

Peringatan

Untuk GVT, anda tidak digalakkan untuk guna beban yang terlalu berat mahupun terlalu ringan. Gunakan beban yang susah untuk anda habiskan 10-15 rep, buat 10 rep guna beban tersebut dan ulang sebanyak 10 set. Biasanya, anda kena rehat dalam 60 saat sahaja antara set.

 

Latihan GVT bukan untuk mereka yang mudah mengalah. Ia dicipta untuk mereka yang cekal hati dan betul-betul mahu cepatkan tumbesaran serta padatkan otot mereka!