Online Shop
Free Shipping to Peninsular Malaysia Shipping Worldwide Need Help? +6013-9921806 (WhatsApp & Call)

Teknik Puasa Intermittent Fasting Adalah Senjata Ampuh Bakar Lemak, Tetapi

Brad Pilon dalam bukunya Eat Stop Eat telah menyenaraikan sebanyak mungkin akan kelebihan berpuasa dari sudut perspektif sains dan kebaikannya dalam mengawal berat serta komposisi lemak badan.

Ada begitu banyak sekali teknik IF itu dipersembahkan dalam gaya hidup pengamal mazhab ini.

Antara yang paling popular adalah IF 16/8, iaitu 16 jam tempoh berpuasa dan 8 jam waktu untuk makan-makan (Window Eating).

Teknik ini diamalkan 2 kali seminggu & keberkesanannya amat menakjubkan.

TETAPI sekiranya anda tidak biasa melakukan teknik IF & merasakan ianya hanya relevan dilakukan dalam bulan Ramadhan sahaja, bermulalah dengan diet yang biasa-biasa sahaja sebelum anda memulakannya.

Bukannya apa, bimbang program diet anda berhenti separuh jalan & anda awal-awal lagi dah ‘give up’ untuk meneruskan cabaran ini.

Habis tu bagaimana saya boleh mula Kurus, Fit & Lean?

Tidak semestinya buat IF sahaja anda akan kurus sebab, ada banyak lagi cara untuk anda turunkan berat badan dengan selamat.

Caranya adalah dengan mewujudkan defisit kalori dalam setiap hidangan makanan yang diambil dan menjadikan badan anda sebagai ‘Mesin Bakar Lemak’ yang berkesan.

‘Mesin Bakar Lemak’ badan anda hanya akan diaktifkan dengan jayanya apabila anda melalui satu ‘milestone’ yang pertama iaitu melalui larian sederhana dalam tempoh 30 minit tanpa henti.

Sekiranya anda berjaya melalui ‘milestone’ pertama ini, bermulalah fasa yang paling penting untuk menjadikan badan anda sebagai ‘Mesin Bakar Lemak’,iaitu ‘Latihan Interval Berintensiti Tinggi’.

Latihan Interval Berintensiti Tinggi ini juga disebut sebagai HIIT dimana ianya boleh diimplemen dalam latihan kardio, weight training dan juga bodyweight training.

Latihan ini berperanan memanjangkan tempoh pembakaran kalori meskipun ianya sudah berakhir dan sangat membantu kepada peningkatan metabolisme badan yang sangat diperlukan dalam menurunkan berat badan.

Dan untuk menjayakan ‘Mesin Bakar Lemak’ yang anda idamkan, admin sangat mengesyorkan latihan ini dibuat dengan bimbingan serta pengawasan Personal Trainer berpengalaman supaya ‘progress’ program bakar lemak anda lebih berkesan dan mendapat hasilnya.

Mahukah tuan/puan/cik puan dapatkan bimbingan serta latihan dari Personal Trainer kami yang berpengalaman di lapangam fitness serta hadir dengan testimoni ratusan klien yang ‘proven success’ akan keberhasilannya?

Program yang dirangka bermula awal Februari ini akan diadakan selama 6 minggu dengan 3 kali pertemuan setiap minggu.

Apa yang anda akan dapat adalah ilmu fitness yang ‘priceless’ dan kesinambungannya adalah berterusan sehingga ke akhir hayat jika dipraktikkan dengan betul.

Kita juga adakan group support yang boleh beri motivasi berterusan meskipun program ini berakhir.

Menarik tak?

Sekiranya berminat, daftar pada pautan yang disediakan dibawah ini :

mesotropin.com/mfc
mesotropin.com/mfc
mesotropin.com/mfc

Jom sertai kami!