Tentang Mesotropin

Mesotropin Sdn. Bhd. adalah syarikat anak tempatan yang pertama di Malaysia dalam menjalankan perniagaan supplement. Ia ditubuhkan secara rasminya pada tahun 2014 oleh Hafiz Wasa bersama dua sahabat baiknya bagi mengeluarkan pelbagai produk supplement berkaitan sukan bina badan dan kesihatan.

IMG_4172

Nama Mesotropin telah dipilih sebagai jenama rasmi syarikat ini. ‘Meso’ bermaksud ikatan dan ‘tropin’ itu pula cukup sinonim dan sering digunakan di dalam dunia sukan bina badan. Gabungan nama ini telah memberi aura dan impak yang luar biasa kepada peminat-peminat tegar sukan bina badan di tanah air kita.

Bagi menghasilkan produk berkualiti tinggi, Mesotropin mengambil masa setahun melakukan pelbagai kajian dan eksperimen bagi memastikan formula Mesotropin berjaya mencapai tahap maksima dalam membantu membina otot-otot badan secara aktif dan efektif.

Pengasas Mesotropin, Hafiz Wasa merupakan graduan sarjana muda farmasi dan formula Mesotropin itu sendiri adalah hasil daripada ciptaan beliau sendiri. Manakala, pengasas bersama, Mohd Nakir Shayuki dan Hakimi bertanggungjawab membentuk networking dengan pihak gim di seluruh Malaysia.

mesotropin (3)

Penjelajahan networking tersebut juga adalah satu usaha mencari ejen dan stokis baru demi meluaskan lagi pasaran produk Mesotropin. Penglibatan ejen dan stokis yang efektif telah menyebabkan produk Mesotropin mudah didapati dan menerima sambutan baik dari pengguna. Tawaran bisnes ini sekaligus membuka peluang perniagaan baru kepada orang ramai sehinggakan jumlah pendaftaran ejen dan stokis melebihi sasaran yang telah ditetapkan. Ini antara faktor penyebab Mesotropin semakin popular di Malaysia.

Pasaran Mesotropin telah berkembang ke seluruh Malaysia termasuklah Sabah dan Sarawak. Namun rangkaian perniagaan Mesotropin bukan sahaja gah di dalam negara, malah produknya mampu membolosi pasaran Brunei, Indonesia, Singapura dan Maldives.

Kejayaan ini juga telah membawa kepada perasmian majlis pelancaran produk Mesotropin di Azmass Gym, Cheras. Ia turut disertai oleh beberapa atlit tajaan Mesotropin antaranya adalah Buda anak Ancah bagi mempromosikan produk-produk keluaran terbaru Mesotropin.

Pada tahun 2015, pihak Mesotropin telah memilih Bandar Marang di Terengganu sebagai lokasi ibu pejabat mereka. Bangunan Mesotropin terletak berdekatan dengan KFC Bandar Marang. Kini, Mesotropin telah memiliki 2 lagi cawangan baru di Shah Alam, Selangor dan Sungai Besi, Kuala Lumpur.