Online Shop
Free Shipping to Peninsular Malaysia Shipping Worldwide Need Help? +6013-9921806 (WhatsApp & Call)

Tidak boleh squat? Kenal pasti punca masalah tersebut

Squat mendapat tempat sebagai raja dalam senaman ataupun bagi sesetengah orang ia dikira sebagai permaisuri kerana ada yang kata raja senaman dimiliki oleh senaman deadlift.

 

Tak kisahlah raja senaman dimiliki oleh siapa pun, yang pasti squat mendatangkan banyak faedah dan juga harus dipelajari oleh semua orang. Squat bukan sekadar senaman untuk membina otot tetapi ia adalah senaman untuk membina kesihatan secara menyeluruh termasuklah bagi orang awam.

 

Cuma, ada sesetengah daripada kita yang tidak boleh melakukan squat. Ada juga yang tidak mahu melakukan squat. “Tidak mahu” dan “tidak boleh” adalah dua benda yang berbeza. Mari kita lihat:

 

Tak Squat Sebab Sakit Lutut

Ada yang kata lutut mereka sakit ketika melakukan squat, dan ada berbagai jenis punca yang menyebabkan kesakitan seperti kecederaan ACL, PCL, meniscus, osteoartritis, dan lain-lain. Jika Inilah punca anda tidak melakukan squat maka pergi dapatkan bantuan daripada ahli profesional.

 

Tak Squat Sebab Tak Reti

Baiklah, ada juga yang tak squat sebab mereka tak reti cara yang sebenar untuk squat. Ini boleh dimaafkan kalau anda berusaha untuk belajar. Jika anda gunakan alasan “tidak reti” setiap kali tiba leg day, ada sesuatu yang tak kena dengan anda.

 

Untuk pengetahuan anda, setiap manusia sepatutnya tahu cara untuk squat kerana squat adalah pergerakan asas bagi manusia. Kita belajar squat semenjak kita kecil lagi. Terutamanya rakyat Malaysia, lagilah sepatutnya kita tahu cara untuk squat kerana itulah cara untuk kita membuang air besar.

 

Tak Squat Sebab Tak Mahu

Yang ini, susah Admin nak bantu. Kalau anda memang taknak sekuat sedangkan anda berkemampuan untuk squat, Admin selalu kata kepada rakan-rakan yang lain, tolong azankan telinga mereka yang berpendapat sebegini.

 

Anda tak perlu squat berat-berat, tetapi anda perlu squat. Jangan sia-siakan kebolehan anda untuk squat sedangkan ramai lagi yang mahukan kelebihan tersebut. Sekurang-kurangnya, seminggu sekali pun tidak mengapa.

 

Gunakan Hydro Whey daripada Mesotropin untuk membantu memberikan anda tenaga dan mempercepatkan proses pemulihan otot selepas program workout anda!

 

Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)