Online Shop
Free Shipping to Peninsular Malaysia Shipping Worldwide Need Help? +6013-9921806 (WhatsApp & Call)

Tidur Adalah Penting Untuk Bina Badan

Selain daripada diet dan angkat besi, tidur juga merupakan komponen yang penting dalam keberkesanan latihan bina badan. Tanpa tidur yang berkualiti, seseorang individu akan mengalami kesukaran untuk membina badan dan membakar lemak.

 

Tapi, sebenarnya ini tidak memberi green light kepada anda untuk tidur sepanjang hari. Malah, bukan tidur pada kuantiti yang diutamakan, tetapi pada kualiti. Kita kira dari tidur yang nyenyak, bukan tidur-tidur ayam. Ada banyak faktor yang menyebabkan tidur-tidur ayam, satunya adalah kerap bermain telefon pintar sebelum tidur.

 

Sebenarnya, kita perlukan rehat yang cukup, dari segi fizikal dan mental. Tidur tak bermakna mental anda berehat. Maksud Admin, anda kena belajar untuk kurangkan juga stress harian kerana stress akan tingkatkan hormon anti-bina badan seperti hormon kortisol. Jangan seksa badan juga, berkerja 6 hari seminggu dari jam 8 hingga 5, kemudian gym 8-11 setiap hari. Ini akan berikan tekanan tinggi pada badan, tambah lagi kalau tak cukup makan.

 

Stress adalah antara penyebab yang utama kenapa ramai gagal untuk menguruskan badan walaupun dah diet dan bersenam. Oleh itu, anda kena usaha untuk kurangkan stress. Mulakan dengan diri sendiri iaitu dengan memperbaiki cara anda berfikir. Ingat bahawa setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah, dan anda cukup kuat untuk menghadapi segalanya.

 

Kemudian, dapatkan bantuan daripada keluarga dan rakan-rakan. Sembang-sembang dengan mereka, kongsikan cerita, jangan memendam rasa sahaja. Kalau boleh, ajaklah mereka pergi ke gym sekali supaya anda juga ada teman. Admin galakkan juga untuk anda dapatkan urutan relaxation sekurang-kurangnya sebulan sekali. Ini adalah untuk meregangkan otot-otot yang tegang, terutama otot di bahagian leher yang boleh membawa kepada sakit kepala.

 

Oleh itu, dapatkan rehat yang secukupnya setiap hari. Jangan hanya tidur semata-mata, pastikan tidur anda berkualiti dan nyenyak. Jaga kesihatan mental dan fizikal, sentiasa regangkan diri daripada suasana yang memberi tekanan berlebihan.

 

Entri: Aiman Radzi (@TheTherabeast)