Online Shop
Free Shipping to Peninsular Malaysia Shipping Worldwide Need Help? +6013-9921806 (WhatsApp & Call)

Tips Keselamatan Latihan Angkat Berat

 

Seperti mana-mana aktiviti fizikal yang lain, latihan bebanan juga boleh menyebabkan kecederaan. Namun, jika dibandingkan dengan aktviti sukan yang lain seperti bola sepak, rugbi, hoki dan sebagainya, kadar kecederaan dalam latihan bebanan masih di tahap rendah.

Walau bagaimanapun, ia tidak bermakna anda harus membelakangkan isu-isu keselamatan semasa latihan bebanan. Fokuskan kepada 3 faktor penting ini apabila bercakap mengenai risiko kecederaan;

  • Jenis senaman
  • Teknik latihan dan postur badan
  • Berat bebanan

Dalam menentukan program yang sesuai, anda harus memberikan tumpuan kepada tahap kekuatan otot, tulang, serta tahap kecergasan. Namun, harus diingatkan juga bahawa apa yang bahaya untuk anda, mungkin tidaklah begitu berbahaya kepada mereka yang mempunyai struktur tubuh yang berbeza serta lebih berpengalaman dari segi latihan.

 

Hal ini kerana, mereka yang berpengalaman dalam senaman memiliki tahap kekuatan, daya tahan dan jisim otot yang lebih tinggi. Begitu juga dengan tahap kelenturan serta kelasakan otot, tendon dan ligamen. Penyesuaian yang progresif ini dipanggil sebagai ‘training effect’ – sebab itulah penting untuk kita sentiasa berlatih secara konsisten, dan meningkatkan intensiti, bebanan serta durasi secara berperingkat. Mereka yang sudah berpengalaman juga boleh beralih kepada latihan tahap lanjutan – menampilkan rutin senaman yang lebih kompleks dan risiko kecederaan yang lebih tinggi berbanding tahap asas.

 

Persoalan samada anda boleh melakukan sesuatu rutin senaman dengan selamat atau tidak, bergantung kepada struktur otot dan tulang (dari segi genetik atau jika terdapat kecederaan lama). Berwaspada dengan apa sahaja posisi, jenis senaman dan bebanan yang akan meregangkan sendi, otot, ligamen dan tendon di luar keselesaan anda. Sebaik-baiknya, lakukan senaman alternatif yang mengerjakan otot yang sama. Mencabar diri memang bagus, tetapi jangan sampai membahayakan diri. Lebih baik mencegah daripada mengubati, bukan?

 

Entri: Tini Lorna Lim