Online Shop
Free Shipping to Peninsular Malaysia Shipping Worldwide Need Help? +6013-9921806 (WhatsApp & Call)

Tips Naikkan Berat Ramadhan Ini

Dah dekat bulan puasa ni, lebih ramai individu yang ingin turunkan berat dan kurus. Namun tak lupa juga pada sesetengah orang yang sedang bergelut dengan masalah susah naik berat. Anda juga mahu nampak fit memakai baju raya seperti yang lain. Anda tidak perlu khuatir saya akan kongsikan beberapa tips penting dalam artikel ini.

1. Kira Kalori

Nak atau tidak, malas atau rajin anda kena juga kira kalori. Ini kerana kalori lah yang menentukan berat badan anda naik atau turun. Nak turun berat kalorinya kenalah kurang dan nak naik berat kalori anda kenalah lebih. Gunakan kalkulator kalori untuk tahu jumlah kalori harian anda dan tambahkan 500 untuk mendapat kenaikan berat yang ideal.

Biasanya untuk naik berat jumlah kalori yang diperlukan sehari adalah 2500-3500 bergantung pada seseorang.

2. Rancang masa makan

Bulan ramadhan mempunyai batasan makan tidak seperti bulan lain. Jadi anda cuma ada dua peluang untuk tambahkan kalori iaitu pada pagi dan malam sahaja. Apa yang anda perlukan adalah merancang masa makan anda dengan mengambil kira kalori , kuantiti dan jenis makanan. Contohnya, jika anda memerlukan 3000 kalori dalam sehari untuk naikkan berat anda boleh bahagikan 1000 pada waktu sahur dan selebihnya sepanjang waktu berbuka sehingga moreh.

3. Gunakan supplemen

Mungkin ada yang tidak berapa selesa atau mampu untuk makan banyak. Lebih-lebih lagi nanti risau akan malas melakukan ibadah. Jika ini berlaku, nasihat saya ambillah supplemen seperti mass protein yang akan mencukupkan keperluan kalori dan protein harian anda.

4. Senaman

Senaman juga anda tidak boleh tinggal langsung meskipun di bulan ini. Otot anda perlu juga berkerja sekali sekala bagi membina otot fibre yang baharu. Jadi peruntukkan masa senaman yang singkat untuk anda lakukan senaman. Kebiasaanya pada bulan ramadhan, ramai akan ke gym selepas melakukan terawikh dan jika anda tidak mampu anda boleh memperuntukkan senaman sejam sebelum berbuka.

5. Tidur

Bagi saya bulan ramadhan tidak menjadi masalah untuk anda mendapatkan tidur yang cukup. Ini kerana rata-rata akan tidur awal untuk bangun pada waktu sahur. Jadi gunakan waktu dan kesempatan ini untuk mendapatkan tidur yang cukup. Hasil anda akan bertambah cepat percayalah.

Entri: Fakhrul Islam