Online Shop
Free Shipping to Peninsular Malaysia Shipping Worldwide Need Help? +6013-9921806 (WhatsApp & Call)

Tips Supaya Anda Kekal Kenyang Semasa Diet

Sekecil-kecil benda boleh memberikan impak yang besar kepada kita. Dalam hal diet, kalau anda nak makan, fokus kepada makan sahaja dan jangan buat benda lain. Maksud Admin, ramai antara kita yang makan sambil buat kerja, tengok televisyen, main telefon bimbit, dan macam-macam lagi!

 

Mungkin masa makan anda kurang kerana kesibukan kerja, jadi anda kena “multi-tasking”. Tetapi, kalau anda nak diet, perkara sebegini boleh mengganggu diet anda.

 

Admin terbaca tip ini daripada laman T-Nation. Penulisnya berkongsi tentang satu frasa Jepun, “Hara Hachi Bu”, yang bermaksud “makan sehingga 80% penuh”. Dalam agama Islam pun mengesyorkan kita berhenti makan sebelum kenyang (dan makan sebelum lapar). Kalau anda nak diet, inilah tip yang paling berguna sekali untuk anda amalkan.

 

Apabila anda amalkan “berhenti makan sebelum kenyang”, ia membantu anda untuk tidak terlajak makan, sekali gus mengurangkan kalori harian anda. Anda juga tak perlu membazir makanan, ambil banyak-banyak tapi tak habis makan. Ada yang ambil banyak-banyak, dah kenyang tapi banyak lagi kena sumbat. Itu bukan diet dah namanya!

 

Buat perkara lain semasa makan boleh mengganggu konsentrasi anda. Otak anda mengambil masa 20 minit untuk mengenali yang anda sudah “kenyang”. Jadi, gunakan tip ini supaya anda tak terlajak makan dan merosakkan plan diet anda:

  1. Makan secara perlahan-lahan
  2. Makan tanpa gangguan
  3. Makan sebelum lapar
  4. Berhenti sebelum kenyang
  5. Makan bersama orang lain
  6. Kenalpasti “lapar” dan “dahaga”
  7. Makan untuk sihat
  8. Makan untuk hidup (bukan hidup untuk makan)

 

Jangan lupa untuk gunakan 6-Tropin untuk mempercepatkan proses pembakaran lemak anda. Dapatkannya di Mesotropin sekarang!