Online Shop
Free Shipping to Peninsular Malaysia Shipping Worldwide Need Help? +6013-9921806 (WhatsApp & Call)

Tips Untuk Elakkan Kecederaan Berulang

Kecederaan adalah sesuatu yang kita kena cegah. Bak kata pepatah, mencegah itu lebih baik daripada merawat. Kalau dah cedera, percayalah memang susah nak baik dan jadi kuat seperti sedia kala.

Oleh itu, kita perlu lakukan beberapa langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan nasi daripada menjadi bubur. Selagi kita boleh elak, kita cuba elakkan. Tips-tips ini adalah untuk anda:

1- Jangan Terlebih Warm Up

Kita sering salah faham maksud warm up dan ramai melakukan stretching secara static untuk warm up. Itu sebenarnya cara yang tidak tepat. Anda tak patut lakukan static stretching sebelum anda bersenam kerana ini lagi mengurangkan durability otot anda. Sebaliknya, anda patut amalkan practice set. Maksudnya, guna bebanan ringan dahulu untuk senaman yang anda akan lakukan.

2- Ubahsuai Grip Dan Stance

Bukaan kaki terlalu lebar semasa squat boleh mendatangkan tekanan pada lutut dan pinggang. Bukaan tangan yang lebar sangat semasa bench press juga boleh mengundang kesakitan pada sendi bahu. Anda kena guna grip dan stance yang bersesuaian dengan diri anda. Beberapa senaman anda kena jaga ialah squat, bench press, deadlift, dan overhead press.

3- Jangan Ubah Terlalu Kerap

Progran latihan anda perlulah dijalankan dengan konsisten untuk mendapatkan hasil. Kalau sikit-sikit ubah latihan, macam mana latihan tersebut nak berhasil? Anda kena bagi sedikit masa dan kepercayaan kepada latihan anda. Tetapi, janganlah pulak terlalu lama sampai tak ubah-ubah langsung program. Pun sama juga, badan akan adapt dan menyebabkan plateau.

Entri: Aiman Radzi