Online Shop
Free Shipping to Peninsular Malaysia Shipping Worldwide Need Help? +6013-9921806 (WhatsApp & Call)

Umur Ideal Untuk Ambil Supplemen Protein

Supplemen protein biasanya diperbuat dari tenusu daripada susu lembu dan sumber-sumber protein asas seperti kekacang dan sebgainya. Namun ada sesetengah produk yang sesuai hanya untuk dewasa tidak untuk kanak-kanak. Persoalannya, bilakah bermulanya umur yang ideal bagi seseorang mengambil supplemen ini.

Keperluan protein mengikut umur.

Remaja memerlukan lebih kurang 50 gram protein sehari. Dan orang dewasa memerlukan 0.8g setiap kilogram dari berat mereka.

Umur ideal mengambil supplemen

Mengenai umur yang ideal untuk mengambil supplemen seperti protein, mass gainer dan sebagainya, sebenarnya tiada umur yang ideal. Bahkan ia bergantung kepada keperluan protein anda dan banyak mana yang anda perlukan sebagai tambahan. Biasanya orang akan mengambil supplemen apabila mula melakukan latihan bebanan, atau latihan kekuatan sebagai penambah berat otot. Ini kerana untuk membina otot anda perlu lebihkan pengambilan protein dari keperluan protein asal.

Seseorang itu tidaklah menjadi kepentingan untuk mengambil protein tambahan atau supplemen. Kepentingan itu datang apabila badan anda tidak mampu mensintesis nutrien dalam tubuh anda.

Jadi tiadapun sebenarnya kepentingan mengambil supplemen ini melainkan seseorang itu mula melakukan latihan bebanan atau latihan kekuatan kerana protein tambahan diperlukan bagi membaiki tisu-tisu otot yang koyak.

Walaupun begitu, bahan mentah seperti sayur, ayam, daging , kekacang adalah diperlukan kerana supplemen hanyalah sebagai tambahan, dan yang penting adalah asas makanan itu sendiri.

Entri Oleh: Fakhrul Islam