Online Shop
Free Shipping to Peninsular Malaysia Shipping Worldwide Need Help? +6013-9921806 (WhatsApp & Call)

Wanita Ini Kongsi 10 Tips Penting Bagaimana Beliau Turun 37 Kg Berat Badan Tanpa Perlu Berlapar.Ini Tipsnya

Dari 98kg ke 61kg,Coach Azuma buktikan tiada yang mustahil dalam mencapai setiap apa yang diimpikan.

Bekas Pengaturcara Sistem di salah sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam ini tekad menukar kerjaya yang disandangnya ketika itu disebabkan kecintaannya terhadap dunia kejurulatihan dan kecergasan.

Segalanya bermula dengan kisah bagaimana beliau terpaksa ‘berperang’ dengan situasi harian semasa bekerja iaitu keterbatasan badan untuk bergerak dan sukar untuk duduk antara dua sujud semasa solat.

Hilang 37kg berat badan buatkan wanita ini rasa lebih sihat & bertenaga serta lebih optimistik kehadapan dalam menjalani kehidupan.

Maka dengan itu,berbekalkan semangat dan keazaman yang tinggi,beliau berazam untuk melakukan suatu perubahan yang sangat besar,malahan berimpak tinggi sebagaimana yang telah dikecapinya kini.

Kenali Puan Nurul Azuma Binti Makmor atau lebih mesra dikenali dengan panggilan Coach Azuma,Jurulatih Kecergasan Bertauliah lulusan National Association Of Strength And Conditioning (NASC) & juga Certified Bodyweight Fitness Instructor.

Beliau juga merupakan seorang pengasas pusat kecergasan Azay Fitness Studio bersama suaminya,Coach Shazly.

Deadlift adalah sukan angkat berat kegemaran Coach Azuma

Asalnya,wanita ini cumalah seorang peserta program penurunan berat badan pada tahun 2015 dan dalam tempoh 6 bulan beraktiviti,beliau berjaya mendapatkan berat badan ideal dari 98.6kg ke 61kg.

Bagi meneruskan kesinambungan gaya hidup sihat yang dijalani dalam tempoh 6 bulan selepas berakhirnya program tersebut,dibawah adalah diantara tips-tips penting yang berguna diamalkan beliau bagi mengekalkan momentum gaya hidup yang sihat dan cergas disamping amalan pemakanan yang sihat.

Gambar kenangan bersama suami tercinta,Coach Shazly suatu ketika dahulu (Kiri) & gambar terkini (Kanan)

10 TIPS PENTING BAGAIMANA COACH AZUMA TURUN 37 KG BERAT BADAN DENGAN SELAMAT SERTA KEKAL LANGSING & CERGAS :

1) PORTION CONTROL
Saya pilih portion control, sebab lebih mudah dan tidak stress. Lepas 4-5 bulan, dan turun 25kg, baru saya buat ‘eat clean’ dan total berjaya turun 32kg.. Masa buat ‘eat clean’, saya dah tak stress, mental dah makin kuat.

2) LAKUKAN SENAMAN KEGEMARAN
Saya tak suka zumba dan saya jarang buat. Saya suka berlari, hiking, jadi sy kerapkan senaman dan sukan yang saya suka. Supaya saya sentiasa happy dan sungguh-sungguh.

3) BANYAKKAN MEMBACA,MENCUBA & KREATIF.
Saya banyakkan bacaan berkenaan senaman dan cara pemakanan, dan saya ‘mix and match’ mengikut kesesuaian diri saya.

4) DISIPLIN
Saya jarang sekali langgar ‘rules’ yang saya sendiri tetapkan. Contoh, jangan terlebih makan, jangan lebih 3 hari tidak bersenam dan lain-lain.

5) TAK PEDULI KATA ORANG
Lantaklah orang nak perli saya diet, saya senyum je, dan angkat kaki, terus jalan. Ayat paling power, bos di pejabat saya cakap.. “Diet zuma..? Macam tu jugak saya tengok selama ni..”

6) RANCANG JADUAL SENAMAN & AKTIVITI
Saya tidak biarkan ada satu hujung minggu pun yang kosong tanpa sebarang aktiviti senaman.

7) CATAT DIARI MAKANAN
Selama 5 bulan pertama menurunkan berat badan, saya catat apa yang saya makan setiap hari, hari apa tiba-tiba ada tersasar, hari apa yang sangat berkualiti jenis pemakanan, dan selama 5 bulan, tak lebih 10 kali saya ter-‘cheat’ day. Saya anggap itu rekod yang baik.

8) CARI TEMAN BERSENAM
Selalu ‘roger’ suami & kawan-kawan, ajak buat aktiviti sama-sama, atau follow aktiviti mereka. Setiap minggu tanpa gagal. Paling tidak, ajak abah dan mak teman saya jogging.

9) BERSENAM SORANG PUN BOLEH
Kalau tak ada kawan-kawan nak teman, atau suami kena kerja, saya buat sorang diri. Bersenam tak semestinya kena tunggu berteman, bosan dalam rumah, saya pergi gym sorang-sorang. Situ ramai orang, ‘even’ tak kenal.

10) LETAKKAN MATLAMAT YG JELAS
Matlamat saya nak turunkan berat badan, sebab saya nak cuba mengandung.‘Even’ belum ada rezeki, saya dah dapat macam-macam rezeki lain sepanjang proses saya turunkan berat badan.

One day, Allah mesti makbulkan doa saya untuk menjadi seorang ibu, cuma sekarang Allah beri dulu yang doa saya nak kurus tu. Amin.

Silakan SHARE ilmu ini. Harap bermanfaat untuk ramai orang.

Regards,
Nurul Azuma Makmor
Coach GOMBAK LADIES, Mesotropin Fitness Challenge 2.0
(013 398 8986)
www.mesotropin.com/mfc

***Coach Azuma juga merupakan salah seorang Coach/Trainer yang menjayakan Mesotropin Fitness Challenge Musim Pertama dengan penyertaan seramai 20 peserta dengan purata penurunan berat badan sebanyak 5 hingga 11 kg dalam tempoh 5 minggu.

Antara peserta Mesotropin Fitness Challenge Musim Pertama yang akrab dengan beliau.

[Gambar atas : Antara program kecergasan & fitness kelolaan Coach Azuma]

Kepada Wanita-wanita diluar sana yang NAK TURUNKAN BERAT BADAN sama macam Coach Azuma,bolehlah mendaftarkan diri untuk menjalani program intensif secara TEORI & PRAKTIKAL selama 6 MINGGU bermula 6 Februari ini sehingga 17 Mac 2018 ini.


Program ini dijalankan pada hujung minggu sahaja & anda tak perlu risau kalau bekerja sepenuh masa Isnin hingga Khamis.

Tahu tak? JUARA akan bawa pulang Rm 10,000 TUNAI!

Betul ke Rm 10,000? Yesza! Kita nak bagi CASH utk JUARA!

Lain-lain hadiah pula adalah seperti berikut :
☑ Naib Juara : Rm 5,000
☑ Tempat Ke-3 : Rm 2,500
☑ Tempat Ke-4 : Rm 1,000
☑ Tempat Ke-5 : Rm 500
☑ Tempat Ke-6 – 10 : Rm 250

Bagaimana Cara Mendaftar?

☑ Daftar kat sini : mesotropin.com/mfc
☑ Pilih COACH & KAWASAN pilihan anda
☑ Ikuti latihan selama 6 MINGGU (1 minggu, 1-2 kali latihan fizikal kelolaan COACH KAWASAN anda)
☑Turunkan berat badan & komposisi lemak secara konsisten
☑ Menang hadiah wang tunai!
☑ Untuk mendaftar,boleh terus KLIK pada pautan ini :

mesotropin.com/mfc
mesotropin.com/mfc
mesotropin.com/mfc

Atau contact HOTLINE Mesotropin Fitness Challenge 2.0 di talian :

018 919 1477
018 919 1477
018 919 1477

Terima kasih 🙂

#mesotropin